Header Ads

Mengembara Bersama Motor Honda Lama KE 75 Dari Malaysia Ke Boten China


Setelah mencatatkan kenangan manis mengelilingi semenanjung Malaysia secara solo dengan menggunakan motor kapcai Honda 65 CC yang bernombor pendaftaran KE 75, anak Pekan Naka, Alor Setar, Kedah sekali lagi membuat kejutan untuk orang Malaysia.

Hari ini bertarikh 9 Februari 2017, pada jam 8.30 pagi, anak Pekan Naka ini sekali lagi memulakan pengembaraannya dengan motor kapcai Honda 65 CC tersebut ke destinasi yang amat jauh dari Malaysia iaitu ke Boten, China.

Pada pengembaraan kali ini lelaki berkenaan bergerak bersama-sama kawan-kawannya tanpa ditemani isterinya seperti tahun lepas. Difahamkan isterinya tidak boleh turut serta di atas sebab kekangan kerja.

Sama-sama kita mendoakan penjelajahan beliau pada kali ini selamat pergi dan pulang.

Gambar semasa beliau dalam perjalanan di bawah;



Sumber: Noraisah Shah

No comments

Powered by Blogger.