Header Ads

Misteri Telur Ayam Luar Biasa Besar Tiga Kali Ganda Dari Biasa


Seorang wanita di Brazil, Maria Gloria de Souza, 64, sangat terkejut dengan sesuatu yang amat luar biasa telah berlaku kepada satu telur dari ayam yang dibelanya.

Telur ayam ternakannya kelihatan bersaiz yang amat besar daripada biasa iaitu 3 kali ganda besar dari telur biasa.


Ekoran kejadian yang dilihatnya itu, Maria berasa ingin tahu adakah isi telur di dalam sama atau sebaliknya. Dia mengambil keputusan untuk memecahkan telur yang mempunyai berat 6 ons tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila telur itu dipecahkan, dia mendapati di dalam telur berkenaan mempunyai sebiji lagi telur ayam di dalamnya.


Menurut Maria, kejadian luar biasa ini adalah kali yang pertama berlaku sepanjang 20 tahun dia menternak ayam. Menurut sumber, kejadian luar biasa ini berlaku akibat daripada pembentukan yang tidak begitu sempurna semasa ayam sedang bertelur.


Sumber: Thepubllishable.com

No comments

Powered by Blogger.