Header Ads

Model Wanita Berhijab Yang Pertama Di Pertunjukan Fesyen New York


New York - Halima Aden adalah model wanita Islam dan wanita yang berhijab pertama memperagakan pakaian hijab di Pertunjukan Fesyen New York.

Halima Aden, 19, dilahirkan di kem pelarian Kenya dan kini berstatus sebagai rakyat Amerika Syarikat. Melalui pertunjukan ini Halima kini dikenali di seluruh dunia kerana dia adalah wanita yang berhijab pertama pertandingan ratu cantik Miss Minnesota.

Semuanya bermula apabila seorang pereka fesyen iaitu bintang rap suami kepada Kim Kardashian, Kanye West, telah membuat kejutan dengan memperagakan pakaian hijab menggunakan model Halima Aden.


“Saya mahu memberitahu wanita Islam dan wanita muda di mana saja tidak mengapa untuk melanggar kebiasaan dan menjadi diri kita sendiri,” kata model itu yang disiarkan laman web Vouge.

Halima Aden dikatakan tampil memperagakan fesyen koleksi Yeezy Season 5 pada hari ketujuh pertunjukan berprestij yang dikatakan paling ekslusif di New York itu.

Model Somalia-Amerika itu juga dikatakan memperagakan fesyen dan berjalan di hadapan isteri West, Kim Kardashian dan Ketua Pengarang Vogue, Anna Wintour.


Difahamkan, semua tetamu yang hadir ke pertunjukan berkenaan dilarang sama sekali untuk mengambil gambar yang diperagakan di sepanjang pertunjukan fesyen tersebut dilangsungkan.

Sumber: Harian Metro, Vogue

No comments

Powered by Blogger.