Header Ads

Neelofa Tidak Nafikan Dia Berkawan Dengan Kerabat Diraja Selangor

Foto - Neelofa
Tiba-tiba saja, tiada angin dan tiada ribut, Neelofa artis popular tanahair dikatakan sedang hangat mempunyai hubungan dengan seseorang daripada keturunan raja di laman sosial.

Amat mengejutkan apabila Neelofa sendiri mengakui yang dia sedang berkawan dengan kerabat diraja Selangor.

Kata Neelofa, "Iya kami memang berkawan tapi anda semua cukup bijak untuk menilai sama ada  saya layak atau tidak untuk bercakap tentang ini.

"Keluarga tidak pernah mengatur persahabatan ini dan mereka tidak pernah bertanya tentang desas-desus yang tersebar".

Noor Neelofa Mohd Noor, 28, ditemui oleh Sinar Harian ketika menghadiri majlis pelancaran koleksi tudung terbarunya yang diadakan di Black Box, Publika, malam tadi.

Pastinya ramai yang terkejut dengan berita ini terutama peminat Lofattah kerana sebelum ini Neelofa dikatakan sedang berkawan baik dengan Fattah Amin. Namun, hanya mereka dan keluarga mereka saja yang tahu tentang kesahihannya.

Neelofa kini ligat menjalankan perniagaan tudungnya dan cawangan kedua telah pun dirasmikan di dalam pusat membeli belah Publika. Neelofa juga dikatakan belum mempunyai perancangan untuk membuka cawangan lain di luar negara.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.