Header Ads

Nenek Berusia 94 Tahun Mahir Kung Fu Dilantik Sebagai Pelindung Kampung Daripada Musuh Jahat


China - Seorang nenek yang berusia 94 tahun dipercayai seorang guru kung fu yang sangat hebat dan mengajar ramai anak-anak muridnya.

Guru kung fu yang sangat dikenali di perkampungan Dongyuan ini dikatakan telah mempelajari seni mepertahankan diri semenjak berusia 4 tahun lagi.


Dia juga bertanggungjawab untuk melindungi kampungnya dari ancaman musuh dan orang-orang jahat kerana seni kung fu yang ada padanya sangat hebat serta berpengalaman.

Walaupun usianya kini 94 tahun, nenek hebat ini masih lagi aktif berlatih serta mengajar seni mempertahankan diri kepada penduduk kampungnya.







Terkini, nenek yang bernama Zhang Hexian ini, sedang popular di internet dan laman sosial, rata-rata netizen masih lagi bercakap tentangnya. Ada yang tidak mempercayai keupayaan nenek ini. Tetapi rakaman video di facebook telah membuktikan segala-galanya bahawa nenek ini sangat hebat. - Koleksi Viral

Sumber: China Daily, ShanghaiEye

No comments

Powered by Blogger.