Header Ads

Ozlynn Kongsi Cerita Malam Pertamanya Bersama Johan Bawa Quran Atas Katil


Semua orang pasti mengenali pelawak popular Johan dan tentunya semua tahu isteri kepada Johan adalah Ozlynn.

Johan yang terkenal dengan lawaknya yang bersahaja dan gila-gila boleh membuatkan ramai orang bergelak ketawa dan terhibur dengan persembahannya.

Ozlynn amat memahami suaminya Johan dan sehingga kini masih bertahan dan lali dengan karenah serta gurau senda Johan.

Terbaru, Ozlynn telah berkongsi cerita dan kisah malam pertamanya bersama Johan di laman sosial instagram.

Anda pasti terkejut dengan cerita Ozlynn ini kerana malam pertama mereka sangat best dan lain dari yang lain.

Oleh: Ozlynn

Malam pertama bawa Al-Quran Atas Katil


Aku x tau la mlm pertama org lain lepas nikah.. tp mlm pertama aku lepas nikah shuben aku bwk Quran atas katil.. (dlm hati ermm mesti laki aku nak test aku pandai baca ke x.. mulut aku laju jek nak baca.. maklom la org sekolah agama.. dia x tau lak brp kali aku khatam..) time shuben aku baca dlm rumi.. Al fatihah.. ok diam kejap.. kemudian di terangkan satu persatu setiap kali jumpa huruf "ba" bermaksud "dgn" dan kenapa dia baris atas.. kenapa bwh.. kenapa itu.. kenapa ini.. dr bangga nak bgtau brp kali aku khatam trus jd diam bila dia ckp dia belajar 4 thn baru khatam.. maksud khatam dia ngan aku beza.. dan begitu la hari2 berikutnya.. dia bwk Quran atas katil sblm tdo.. Skrg anak dh 4 kami masih mengaji.. Alhamdulillah anak sulung surah2 lazim dh tau makna.. kalau bukak ikim fm.. ada bacaan surah dia duk belkg translate.. maaf bkn nak menunjuk.. byk lg yg kurang kat keluarga kami.. tp saja nak ingatkan.. kalau kita boleh baca novel smp nangis sb paham isi kandungan novel tuh nape bkn Quran kan?.. xmo tunjuk pandai sb kami tau ramai lg org yg pandai.. sb kami pon masih belajar dan terus belajar.. nak seribu daya xnk seribu dalih... utk aku.. dan pesanan utk diri sendiri jugak " ko belom hebat kalau x paham isi quran" #kaedahharfiyah #familyhanania #ruangrezekihanania korg boleh niaga pd gmbr nih #ulangkaji #tipskeluargabahagia #carisuamiygadailmuagamabkngahpdharta #masihbelajar
A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Aku tak tau malam pertama org lain selepas nikah. Tapi malam pertama aku lepas nikah shuben aku bawak Quran atas katil. (dalam hati ermm mesti laki aku nak test aku pandai baca ke tak. Mulut aku laju jek nak baca. Maklom la orang sekolah agama. Dia tak tau lak berapa kali aku khatam) time shuben aku baca dalam rumi. Al fatihah. Ok diam kejap.

4 tahun belajar Al Quran baru Johan Khatam

Kemudian diterangkan satu persatu setiap kali jumpa huruf "ba" bermaksud "dengan" dan kenapa dia baris atas. Kenapa bawah. Kenapa itu. Kenapa ini. Dari bangga nak bgtau berapa kali aku khatam terus jadi diam bila dia cakap dia belajar 4 tahun baru khatam. Maksud khatam dia dengan aku beza dan begitu la hari-hari berikutnya. Dia bawak Quran atas katil sebelum tido.

Ajarkan pada anak-anak

Sekarang anak dah 4 kami. Masih mengaji. Alhamdulillah anak sulung surah-surah lazim dah tau makna. Kalau bukak Ikim FM ada bacaan surah dia duduk belakang translate. Maaf bukan nak menunjuk. Banyak lagi yang kurang kat keluarga kami. Tapi saja nak ingatkan.

Baca novel sampai nangis boleh, kenapa Al Quran tak boleh?

Kalau kita boleh baca novel sampai nangis sebab faham isi kandungan novel tuh kenapa bukan Al-Quran kan?. Tak mau tunjuk pandai sebab kami tau ramai lagi org yang pandai. Sebab kami pun masih belajar dan terus belajar. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Untuk aku dan pesanan untuk diri sendiri jugak, kau belom hebat kalau tak paham isi quran. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.