Header Ads

Pelajar Dirogol Dua Pelajar Senior Dalam Bilik Stor Sekolah

MELAKA - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu mendakwa telah dirogol oleh dua orang pelajar senior di dalam bilik stor di sebuah sekolah di Jasin.

Dalam kejadian pada hari Selasa, jam 2.30 petang, pelajar perempuan berkenaan  memberitahu dua pelajar senior itu mengheretnya masuk ke bilik stor sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.

Gambar sekadar hiasan -
Akibat ketakutan, pelajar perempuan yang berusia 13 tahun itu menangis. Tangisannya telah didengari oleh seorang kakitangan pentadbiran yang kebetulan telah melalui kawasan kejadian.

Kakitangan itu dengan segera masuk ke dalam stor untuk melihat apa yang telah berlaku. Dua pelajar berkenaan bertindak melarikan diri apabila ternampak kelibat kakitangan berkenaan yang ingin memasuki ke dalam stor.

Pelajar perempuan itu telah dibawa ke bilik pengetua dan dia telah menceritakan bagaimana kejadian rogol itu telah berlaku kepadanya.

Menurut laporan Mstar Online, salah seorang pelajar senior yang melakukan perkara terkutuk itu telah mengaku pada keesokan harinya setelah disiasat, bahawa dia melakukan perbuatan itu kerana pelajar perempuan berkenaan membenarkannya.

Polis telah menahan kedua pelajar senior terbabit yang berusia 14 dan 15 tahun untuk disiasat setelah mendapati satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jasin pada hari Khamis lalu.

Sumber: Mstar

No comments

Powered by Blogger.