Header Ads

Pelajar Tingkatan Tiga Dicekup Berkhalwat - "Saya Tak Tahu Dia Nak Ajak Tidur Sekali"


Kuala Terengganu - “Saya tidak tahu dia nak ajak tidur sini, sebab dia janji nak hantar balik rumah,” itulah alasan yang diberikan pelajar tingkatan 3 setelah dicekup berdua-duaan bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya yang berumur 17 tahun di bilik sebuah hotel, di bandar Besut pada hari Khamis lalu.

Sepasukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah menyerbu ke bilik yang diduduki oleh sepasang kekasih iaitu pelajar tingkatan 3 yang juga Calon ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bersama teman lelakinya seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada jam 11.30 malam itu.

Serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat orang awam yang memberitahu biasanya pasangan remaja akan menyewa bilik-bilik hotel di sekitar bandar itu pada setiap malam minggu, ujar Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.

Hasil siasatan dilakukan telah mendapati pelajar perempuan tersebut telah diambil teman lelakinya di asrama sebelum mereka menyewa di bilik hotel itu. Menurut gadis berkenaan, teman lelakinya sering mengambilnya dari asrama apabila ibunya tiada dan teman lelakinya juga bersekolah berdekatan dengan asramanya.

Pada hari kejadian juga dia memberitahu ibunya tiada dan telah pergi ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja dan teman lelakinya terpaksa mengambilnya di asrama.

Remaja berkenaan berkata teman lelakinya tidak pernah memberitahunya tentang ingin bermalam di hotel terbabit dan berjanji akan menghantarnya pulang. Malah, teman lelakinya juga pernah bermalam di rumah semasa ketiadaan ibunya di rumah.

Sebenarnya mereka telah menjalinkan hubungan cinta semenjak November lalu dan mula berkenalan di gerai kuih ibunya. Dia juga mendakwa tidak pernah menyangka kekasihnya itu mengajak dia tidur di hotel berkenaan.

Mereka berdua telah dibawa ke Pejabat Agama daerah Besut untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah. Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana kesalahan berkhalwat. - Koleksi Viral

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.