Header Ads

Pengorbanan Pelajar PT3 Menjaga Ibunya Yang Terlantar Selepas Pulang Dari Sekolah


Johor Bahru - Sejuk perut ibu yang mengandungkan anak yang berhati mulia kerana sanggup berkorban menjaga ibunya tanpa rasa penat lelah dan jemu.

Demi kasih sayang terhadap ibu seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 1, Nur' Ain Nabilah Mohd Sa'rom, menumpukan perhatian dan menjaga ibunya Zahrah Semanek, 54, apabila pulang dari sekolah.

Menerusi facebook Harian Metro, ibunya kini terlantar sakit akibat mengalami masalah pendarahan dalaman otak yang berpunca daripada tekanan darah tinggi semenjak 25 Disember lalu.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu meluangkan masa untuk menjaga ibunya disamping mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini.

Pengorbanan Nur' Ain ini seharusnya dicontohi oleh mereka yang menghadapi masalah yang sama di luar sana.

Selain membersihkan ibunya, Nur' Ain juga memberi susu menerusi tiub khas empat jam sekali kepada ibunya selepas pulang dari sekolah.

Nur' Ain tinggal di Jalan Ros Merah 5/1, Taman Johor Jaya bersama dua orang abang, Mohd Akmal, 18, dan Mohd Asri, 20 yang turut bergilir memberi penjagaan kepada ibunya ketika Nur' Ain ke sekolah.

Semoga Nur' Ain tabah dan cekal menghadapi ujian ini dan diharap ada pihak yang berwajib dapat membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

Live Video dari Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.