Header Ads

Perbualan Mesej Diantara Ustaz Dan Jin Dengan Facebook Messenger


Sejak semalam kecoh di media sosial berkaitan dengan beberapa gambar yang dikatakan perbualan mesej antara seorang ustaz dengan jin menggunakan facebook messenger.

Memang sukar dipercayai dan pasti semua orang akan mengatakan adalah sesuatu yang mustahil dan tidak diterima dek akal apabila jin bermesej dengan ustaz.

Semuanya bermula apabila satu perkongsian dari laman facebook yang dikenali sebagai Urban Mualij, pengamal perubatan rawatan Islam, yang memuat naik beberapa gambar perbualan mesej ustaz dan jin.

Perbualan mesej berkenaan berkaitan dengan masalah jin yang menyukai isteri orang. Jin tersebut memberitahu kepada ustaz bahawa dia amat menyayangi wanita itu dan sentiasa berada bersamanya, malah akan selalu menjaga wanita berkenaan sampai bila-bila.

Mesej dari seorang suami kepada ustaz

Jin itu juga ada memberitahu yang dia tidak akan membiarkan orang lain menyukai dan mengacau wanita berkenaan. Dia juga menyatakan rasa cemburu apabila wanita itu amat menyayangi suaminya.

Melalui perbualan itu juga, ustaz ada menasihati jin itu supaya tidak mengacau pasangan itu, tetapi jin itu tidak mempedulikannya malah hanya ketawa dan memberitahu yang dia teramat rindukan wanita berkenaan.

Perbualan Mesej Antara Ustaz dan Jin


Perbualan mesej itu diakhiri dengan kenyataan jin tersebut yang mengatakan dia telah bersama dengan wanita itu sudah bertahun lamanya. Dia juga mengatakan tidak akan membiarkan sesiapa yang akan mengambil wanita berkenaan daripadanya.

Sejauh mana kebenaran dan kesahihan perbualan mesej antara jin dan ustaz ini, hanya ustaz ini sahaja yang tahu. Rata-rata netizen menyatakan bahawa perbualan ini sangat mengarut dan ramai diantara mereka mempertikaikan kebenaran perbualan mesej ini. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.