Header Ads

Percubaan Seorang Lelaki Membunuh Diri Di Atas Landasan Keretapi


Satu percubaan seorang lelaki untuk membunuh diri di atas landasan keretapi di Pasir Mas, Kelantan telah digagalkan oleh pihak berkuasa dalam kejadian 3.45 pagi semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Hafiz Amizan berasal dari Pasir Mas, dia cuba untuk melakukan perbuatan itu kerana dipercayai gagal mengawal emosi setelah gagal dalam percintaan.

Mangsa bertindak dengan berbaring di atas landasan keretapi dengan tujuan supaya dilanggar oleh keretapi. Pihak berkuasa telah dipanggil untuk menyelamatkan mangsa.

Pihak KTM dan beberapa ahli bomba yang bertindak memujuk mangsa agar tidak melakukan perbuatan itu. Setelah hampir satu jam memujuk, akhirnya mangsa akur dan menyerah diri.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan punca kejadian.

Sumber: Islam Dihatiku Selamanya

No comments

Powered by Blogger.