Header Ads

Perhatian! 5 Bahagian Ayam Yang Mengandungi Racun Mengikut Kajian


Setiap hari daging ayam menjadi pilihan ramai untuk dimakan bersama nasi atau apa saja masakan yang menyelerakan mengikut citarasa masing-masing.

Ayam mempunyai penggemarnya yang tersendiri dan kadangkala ada yang tidak berselera untuk makan sekiranya tiada daging ayam di meja makan.

Tetapi, tahukah anda? Ayam juga mempunyai kebaikan dan keburukan jika diambil secara berlebihan. Sebenarnya ayam mempunyai lima bahagian yang mengandungi racun. Sekiranya kita memakan dengan kerap beberapa bahagian ini, berkemungkinan racunnya akan terkena pada diri kita.

5 Bahagian Ayam Yang Mengandungi Racun


1. Kulit

Makan daging ayam tanpa kulit, tidak lengkap rasanya. Hakikatnya, kulit antara bahagian yang bahaya juga. Menerusi kajian di Jepun, antibiotik, hormon, toksin yang larut dalam lemak ada di dalam kulit haiwan, termasuk juga ayam.

2. Leher

Ramai juga penggemar leher ayam. Dulu, ada yang takut kalau makan leher ayam ini, nanti naik pelamin, kepala teleng. Bahagian ini mengandungi kandungan bakteria serta virus yang sangat tinggi.

Biarpun hanya sedikit daging di bahagian ini, namn inilah bahagian paling banyak pembuluh darah serta kelenjar. Lebih mudah kuman memasuki badan kita dengan memakan bahagian ini.

3. Kepala

Bahagian ini dikatakan mengandungi logam berat. Walaupun bukan keseluruhannya, namun kawasan leher adalah tempat kebiasaan yang digunakan penternak memberikan zat kimia untuk makanan ayam. Bekas bahan kimia pada makanan itu yang berbentuk logam berat terus tersimpan (terlebih dalam otak ayam) yang pasti membahayakan kesihatan manusia.

4. Kepak

Ramai yang gemar bahagian ini kerana dikatakan kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian inilah dikatakan lebih banyak mengandungi pelbagai jenis ubat.

Di sinilah ayam akan disuntik dengan pelbagai ubat terutama untuk proses tumbesaran.

Ayam akan diberikan hormon sekurang-kurangnya empat kali untuk cepat matang. Kerana itu, dahulu ayam mengambil masa agak lama berbanding sekarang kurang empat bulan ayam sedia untuk dijual. Jadi apabila kerap memakan bahagian ini, risiko mendapat penyakit kanser sangat tinggi.

5. Buntut

Dikatakan banyak memakan bahagian ini berisiko menghidapi kanser usus. Bahagian ini memiliki kandungan hormon, serta adalah tempat berkumpulnya kelenjar. Segala ubat yang dimasukkan ke ayam tidak dapat dicerna baik lalu berkumpul di bahagian ini.

Melalui kajian yang dilakukan di dalam bahagian kulit ayam dikatakan tersimpan toksin dengan banyaknya. Ia terbentuk larut dalam lemak dan akan merubah metabolisme toksin di dalam hati. Sekiranya anda memakan kulit ayam secara berlebihan masalah obesiti pasti terjadi. - Koleksi Viral

Sumber: Sinar Online

No comments

Powered by Blogger.