Header Ads

Pertempuran Berdarah Dua Bersaudara Kerana Perebutan Tanah Pusaka


Kuala Pilah - Hanya kerana berebut tanah pusaka, dua bersaudara telah mencetuskan pergaduhan yang menyebabkan kecederaan badan mereka di sebuah kampung di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi itu, seorang wanita berusia 49 tahun dan suaminya 50-an pergi ke rumah arwah ibunya untuk mengambil barang namun, kedatangan mereka tidak disukai oleh bapa saudaranya yang menduduki rumah tersebut.

Bapa saudaranya telah menghalau pasangan berkenaan dan memarahinya kerana datang ke rumah itu. Pertengkaran bermula apabila bapa saudaranya berkata, tiada sesiapa pun yang boleh balik le rumah arwah ibunya itu.

Difahamkan, suami wanita berkenaan telah pulang ke rumah untuk mengambil telefon bimbit kerana risau sesuatu yang akan berlaku.

Sekembalinya di rumah tersebut, secara tiba-tiba bapa saudaranya telah menyerang suami wanita itu menggunakan parang dan suami wanita itu bernasib baik kerana menahan serangan tersbut menggunakan buluh.

Kedua-dua mereka telah mengalami kecederaan di anggota badan serta tangan dalam pergaduhan bersaudara itu.

Mereka keduanya bertindak sedemikian kerana ingin mempertahankan diri daripada terus dicederakan sehingga berlakunya pertumpahan darah sesama mereka.

Kerana terlalu risau dengan kejadian buruk yang mungkin akan berlaku lagi, pasangan itu pergi meninggalkan rumah berkenaan dan telah melaporkan kepada polis di balai polis berdekatan demi keselamatan selepas pergaduhan itu.

Menurut sumber, rumah tersebut telah diduduki oleh ibu wanita berkenaan sebelum ibunya meninggal dunia tiga minggu yang lalu. Punca pergaduhan kerana perebutan tanah yang kini masih atas nama nenek kepada wanita dan ibu kepada bapa saudara tersebut.

Pergaduhan itu juga dipercayai bukanlah kali pertama berlaku antara mereka sebaliknya kali ini adalah kali yang ketiga malah kali ini lebih agresif sehinggakan menggunakan parang.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Haslah Bachok telah mengesahkan kejadian itu dan kes ini lebih kepada pergaduhan saudara kerana perebutan tanah/ kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan keduanya ditangkap kemudian direman bermula hari ini. - Koleksi Viral

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.