Header Ads

Pesakit Hampir Maut Doktor Kecewa Kerana Pesakit Lebih Suka Dengar Cakap Doktor Yang Tak Bertauliah - PENGAJARAN


Tanggungjawab seorang doktor teramat besar bagi memastikan seseorang pesakit itu mendapatkan rawatan yang terbaik.

Setiap doktor menjalankan tugas seperti yang diarahkan tanpa ada rasa jemu, namun apabila pesakit lebih mempercayai orang lain seperti bomoh dan sebagainya, apa lagi yang seorang doktor mampu lakukan?

Inilah yang terjadi kepada seorang doktor apabila seorang bekas pesakitnya datang semula untuk dapatkan rawatan apabila telah sakit tenat dan tidak mampu lagi mengharapkan rawatan dari individu yang tak bertauliah berkenaan.

Semoga apa yang terjadi kepada pesakit ini menjadi pengajaran untuk kita semua apabila ingin mendapatkan rawatan tertentu.

Oleh: Dr Rafidah Abdullah & Dr Hafizah

Kekecewaan seorang Doktor bila pesakit hampir maut



Bacalah nukilan rakan seperjuangan #MedTweetMY, Dr Hafizah. Ini lah cara nya sesetengah dari kami meluahkan kesedihan atau "frustration"; dgn menulis. Secara professional, kami tidak marah pesakit, tapi didalam hati Allah saja yang tahu!

Pesakit, 46 tahun. Perempuan, anak-anaknya masih kecil. Bertahun Doktor Pakar Buah Pinggang menjaga fungsi buah pinggang beliau, yg tidak elok sejak 12 tahun lepas. Keadaan stabil sampai beliau buat keputusan untuk "hilang dari radar", tinggalkan ubat hospital 3 tahun lalu & menuruti "Doktor homeopati" katanya.

Nasihat "Doktor" berkenaan yg sangat TAK masuk akal:

1. Minum air banyak: mana boleh jika fungsi buah pinggang tak elok. Bak kereta yg enjin rosak, mana mungkin kita drive Johor - Perlis tiap-tiap hari!!

2. Jangan ikut Doktor, buah pinggang sebenarnya ok: mana dia tau, dia tak pantau pun dengan keputusan darah?!!

3. Jangan mula Dialisis nanti tak boleh berhenti. Memang la kalau kronik, tak boleh berhenti tapi mana pergi ahli keluarga? Dermalah salah satu daripada buah pinggang, insyaallah boleh berhenti Dialisis dgn cara itu.

Saya sangat berharap kalau tak mau Dialisis, JANGAN tinggalkan rawatan susulan bilamana fungsi buah pinggang dipantau. Kami TIDAK memaksa menjalankan Dialisis, memang hak asasi pesakit kami hormati.

Tapi jangan la sampai mcm ni, bacaan creatinine sudah 2888 umol/L (normal bawah 95). Datang hospital balik bila dah tenat. Kami manusia biasa juga ye, kami sangat frust dgn pesakit mcm ni.

Menjalani rawatan Dialisis secara kecemasan & tidak dirancang - risikonya TERLAMPAU tinggi. Jangan sekali-kali anda membuat pilihan begini. "Doktor" tu, saya tak tau nak cakap apa sudah.

#JanganKacauPesakitKronik
Dr Rafidah Abdullah & Dr Hafizah
Pakar Buah Pinggang & Pegawai Perubatan, Perubatan Dalaman #MedTweetMY

No comments

Powered by Blogger.