Header Ads

Petua Merawat Bentan Untuk Ibu Yang Sedang Berpantang Selepas Bersalin


Permasalahan bentan selalunya dikaitkan dengan seorang ibu yang baru sahaja selamat melahirkan anak iaitu satu tempoh berpantang selepas bersalin.

Apa itu bentan? Bentan dikatakan bermaksud sakit semula apabila setelah hampir sembuh di waktu proses rawatan selepas bersalin.

Lebih tepat lagi, sekiranya seorang ibu tidak menjaga kesihatan dengan baik dan melanggar pantang semasa dalam proses berpantang, dia akan berdepan dengan risiko bentan atau pun sakit semula.

Sesiapa sahaja boleh terkena bentan dalam pantang dan bentan selepas bersalin. Terdapat banyak cara mengatasi bentan, petua hilangkan bentan dan juga tips bentan selepas habis pantang.

Seorang perunding jamu Norliza Mohd Salleh berkongsi tips untuk merawat masalah bentan untuk semua ibu yang menghadapi masalah bentan semasa dalam pantang bersalin. Tips dn petua ini sangat-sangat disyorkan kerana ianya terbukti membantu.

Petua Merawat Bentan



Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin menjadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.

Bahan-Bahan
1) Nasi panas (lembik sikit)
2) Beberapa ulas bawang putih.

Caranya amatlah mudah seperti dalam gambar di bawah, bawang putih perlu bakar atau sangai dulu. Tak perlu bakar sampai rentung, nanti pahit pulak.


Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan seperti gambar di bawah.



Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.



Bentan jangan dibuat main. Merana jiwa dan raga.
Kongsikan kepada wanita di luar sana, kot² ada yang sedang berpantang. InsyaAllah, semoga bermanfaat.

Aku Si Perunding Jamu

No comments

Powered by Blogger.