Header Ads

Pokok Diberi Makan Nasi Seperti Manusia Supaya Hidup Subur Di China


Sesuatu yang amat pelik dan jarang di lakukan apabila pokok diberi makan nasi supaya pertumbuhannya lebih subur serta membuahkan hasil yang lumayan untuk dituai.

Itulah yang terjadi di negeri China, di Wilayah Enshi Tujia dan Miao yang terletak di Wilayah Hubei. Mereka melaksanakan tradisi ini setiap tahun bagi memastikan setiap pokok dan tumbuhan yang diberi makan nasi hidup subur.



Difahamkan, tradisi memberikan pokok memakan nasi telah diamalkan di wilayah itu sejak ratusan tahun dahulu. Mengikut kepercayaan mereka sekiranya makanan pokok adalah nasi, pokok berkenaan akan hidup subur dan memberikan hasil yang sangat banyak.

Untuk memberi makan kepada pokok, para petani akan menoreh batang pokok seperti yang ditunjukan di dalam gambar di mana nasi diletakkan pada bahagian torehan dilakukan. Mereka percaya pokok akan memakannya melalui torehan berkenaan.



Ada beberapa pendapat mengatakan dengan membuat torehan kepada pokok akan menyebabkan pokok berkenaan akan mati dan tidak perlu memberikan nasi kepada pokok kerana makanan pokok adalah baja, cahaya matahari, air, nutrisi dari tanah dan juga karbon dioksida.

Sumber: CGTN

No comments

Powered by Blogger.