Header Ads

Punca Saya Gosok Mata Terlalu Ganas Dan Guna Ubat Mata Yang Dibeli Di Farmasi Tanpa Rujuk Doktor Jadilah Begini


Mata adalah salah satu deria penting kita sebagai manusia. Ia perlu dijaga dengan baik supaya kita boleh menggunakannya sampai bila-bila.

Satu perkongsian berkaitan dengan mata ini harus dijadikan sebagai pengajaran kepada kita semua. Semoga anda mengambil iktbar daripada apa yang Nurul Atiqa kongsikan di sini.


Mata Luka Akibat Gosok Terlalu Kuat



Oleh: Nurul Atiqa

Bismillahirahmanirohim.

Ramai yang tanya punca macamana boleh kena sampai jadi macam itu? Sebab contct lens ke? Sudah berapa lama kena?

Mari saya jelaskan bagaimana semua ini terjadi. Terlalu banyak sebab yang membolehkan jadi macam ini dan ini adalah ulser kornea bercampur nanah dan fungal. Puncanya adalah kornea luka. Bila saya jumpa doktor yang tidak sepatutnya maka saya dapatlah ubat yang tidak sepatutnya. Mata aka menjadi radang, merah, luka semakin besar, jadi, datanglah parasit yang langsung tidak diundang.

Bukan hanya pengguna contact lens sahaja yang terkena nasib macam ini, orang tua-tua pun boleh juga kena. Takkan orang tua-tua pun kena berpunca dari contact lens, kan? Sudah tentu tidak. Boleh jadi luka terkena daun pandan, terguris apa pun yang menyebabkan luka dan juga yang sukakan mekap dan tak cuci dengan baik atau pun pakai mekap remover yang sepatutnya.

Harus diingatkan, wang ringgit banyak mana pun takkan mampu membeli kesihatan. Jagalah sebaiknya. Saya kena pun pada awalnya bukan sebab lens tetapi mata kabur ketika baru bangun dari tidur. Gosok-gosok mata ganas sangat sampai kornea pun tercalar. Bila letak ubat dan suka-suka beli ubat di farmasi tanpa nasihat doktor, akhirnya jadilah seperti ini.

Setelah dibuat kornea transplant, kuman langsung tiada tetapi kornea masih ada luka yang besar di dalam. Disebabkan tak jaga dengan baik terpaksa masuk ke wad semula. Menderita kena cucuk ubat antibiotik di dalam mata. Kenapa? Ubat drop tak boleh lagi masuk ke belakang mata untuk melawan kuman yang kuat dan semakin banyak.

Tolonglah kepada semua sahabat, elakkan memakai lens. Jaga mata sebaiknya. Jangan gosok mata kalau gatal sangat, suruhlah sesiapa yang tiup mata. Kornea sangat-sangat sensitif. Jangan gunakan andaian sendiri mata okay dan tak serius. Sila terus rujuk kepada pakar mata.

Jangan sesekali beli ubat sendiri di farmasi dan akhir sekali jangan mencuci mata menggunakan air. Kornea akan luka, jangan mandi manda bersukaria. Jawapannya, kuman Achantamoeba akan bertapak di dalam mata. Kuman yang jarang sangat orang kena.

Tetapi, kalau dah terkena sangat susah untuk dibunuh. Biarlah sakit saya ini saya saja yang rasa. Saya memohon kepada sahabat, keturunan saya, orang-orang yang kenal saya dijauhkan dari dugaan seperti ini. Sangat seksa dan memakan masa yang lama dan berbulan untuk baik. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.