Header Ads

Ramai Yang Tidak Tahu Kulit Pisang Sangat Baik Dan Bermanfaat Untuk Kesihatan Manusia


Pisang amat disukai ramai orang kerana kelebihannya yang tersendiri. Selain dari sedap dimakan, buah pisang kaya dengan serat dan sangat berkhasiat untuk manusia.

Mungkin masih ramai diantara kita tidak tahu tentang kelebihan dan kebaikan buah pisang ini. Sebenarnya, pisang sangat-sangat baik untuk manusia dan juga banyak manfaat yang boleh didapati dari pisang.

Sekiranya anda memakan pisang pastinya anda terus membuang kulitnya dan hanya memakan isinya sahaja. Jangan dibuang kulitnya, kerana kulit pisang juga mempunyai kebaikan untuk kesihatan kita.


Kebaikan Kulit Pisang


Menghilangkan Sakit Kepala

Mungkin ramai akan berkata mustahil dan pelik. Kulit pisang sebenarnya sangat membantu untuk melegakan sakit kepala. Cara untuk menghilangkan sakit kepala yang kita rasai hanya dengan meletakkan kulit pisang di atas kepala atau dahi sehingga anda merasa tidak sakit lagi.

Melicinkan Kulit

Dikatakan enzim yang terdapat di dalam kulit pisang mampu menghaluskan serta melicinkan kulit. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengosokkan kulit anda dengan kulit pisang.

Menghilangkan Ketuat

Jika kita mempunyai ketuat selalunya pada kaki dan tangan pasti kita tidak selesa dan malu. Cara untuk menghilangkan ketuat hanya dengan mengosokkan kulit pisang di bahagian yang mempunyai ketuat, pastinya anda akan dapati ketuat akan hilang.

Memutihkan Gigi

Gigi sangat penting untuk manusia dan gigi juga boleh dikatakan menggambarkan keperibadian seseorang secara rambang. Sekiranya gigi anda berwarna kuning pasti anda akan malu untuk berdepan dengan sesiapa sahaja.

Cara untuk memutihkan gigi menggunakan kulit pisang sangat mudah. Sila gosokkan gigi anda dengan kulit pisang setiap hari sekurang-kurangnya 2 minit. Anda pasti akand apat lihat perbezaannya nanti. - Koleksi Viral

Sumber: Hanasuva

No comments

Powered by Blogger.