Header Ads

Rekaan Lampu Isyarat Khas Untuk Pejalan Kaki Bagi Mengurangkan Kadar Kemalangan Akibat Telefon Bimbit


Pada zaman sekarang setiap orang di dunia memiliki telefon bimbit yang boleh di bawa ke mana sahaja dan mudah digunakan dalam apa jua situasi.

Penggunaan telefon bimbit juga sebenarnya mempunyai kebaikan dan juga keburukannya yang tersendiri. Salah satu keburukan penggunaan telefon adalah apabila digunakan tanpa memikirkan keselamatan diri seperti menggunakannya semasa memandu kenderaan dan juga ketika berjalan kaki di jalan raya.

Akibat terlalu asyik bermain dengan telefon semasa memandu atau berjalan kaki ramai pengguna tidak mempedulikan keselamatan dan undang-undang yang akhirnya membawa padah sehingga maut akibat kemalangan jalan raya.

Disebabkan itu, di Bandar Bodegraen, Belanda, satu Badan Organisasi Keselamatan Jalan Raya di negara itu telah berjaya merekacipta satu jenis lampu yang diberi nama +Lichtlijn.



Lampu berkenaan kini dipasang di setiap atas permukaan jalan raya yang mempunyai lampu isyarat dengan niat untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang sering berlaku kepada pejalan kaki yang bermain telefon bimbit.

Lampu +Lichtlijn itu dikatakan dipasang bersama lampu isyarat yang sedia ada dan akan menyala secara serentak apabila ia digunakan.

Lampu ini juga diperbuat dari LED bagi menarik perhatian kesemua pejalan kaki yang selalunya ketika berjalan asyik bermain telefon tanpa memandang kiri dan kanan.

Mereka sangat mengharapkan kadar kemalangan yang membabitkan pejalan kaki di negara itu dapat dikurangkan dengan segara apabila lampu LED ini digunakan.

Sumber: Iamexpat, Nos

No comments

Powered by Blogger.