Header Ads

Remaja Kolej Meninggal Dunia Dikata Membunuh Diri Sebenarnya Hanya Jatuh Di Bilik Air - Rakan


Baling, Kedah - Heboh di media sosial mengatakan seorang remaja di Asrama Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil, meninggal dunia dipercayai mengantung dirinya di bilik air.

Dalam kejadian 11 malam itu, seorang pemilik akaun facebook melaporkan remaja berkenaan telah membunuh diri kerana mengalami kemurungan yang teruk.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya dikatakan berasal dari Bachok, Kelantan dan berusia 21 tahun.




Namun, seorang wanita yang mengaku dirinya adalah rakan kepada mangsa yang dikenali sebagai Najibah Mardhiah menafikan dakwaan ramai bahawa remaja berkenaan membunuh diri.

Menurut Najibah, rakannya itu sebenarnya telah terjatuh di dalam bilik air dan kepalanya terhantuk lalu meninggal dunia.


Najibah memohon kepada mereka yang mereka-rekakan cerita supaya bertaubat dan jangan memburuk-burukan keadaan serta memfitnah arwah kerana dia dan keluarga mangsa sedang bersedih dengan kejadian ini.

Dia juga meminta semua netizen hangan menganggap mangsa membunuh diri ekrana kejadian yang sebenarnya dia hanya tergelincir di bilik air sahaja. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.