Header Ads

Sedih Kerana Tak Mampu Belikan Rumah Pada Abah. Lelaki Ini Cantikkan Kubur Arwah Ayah Buat Kami Kagum


Ibu dan ayah adalah segala-galanya dalam kehidupan setiap orang di dunia ini. Tanpa mereka tiadalah kita semua di dunia ini. Mereka yang besarkan kita dari kecil hingga ke dewasa, tanpa mengenal erti kesusahan dan kepayahan.

Kini, setelah kita dewasa dan berkerja, adakah kita mampu membalas segala jasa budi baik ibu dan ayah? Pastinya kita tidak mampu membalasnya dan belum tentu wang ringgit dapat menggantikan segala jasa mereka kepada kita sedari kecil sehingga kini.

Perkongsian kali ini daripada Faizul Ezmin amat menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Nukilan ikhlas dan jujur ini ditujukan khas kepada si ayah yang telah meninggal dunia. Kami kagum dengan usaha yang telah dibuatnya.


Oleh: Faizul Ezmin

Dear Abah,

Pertamanya sorry bah, emen dah terpengaruh dengan trend bebudak zaman sekarang yang segala mak nenek nak update kat wall facebook, tapi abah, kalau tak update kat fb tak kan nak lukis kat dinding rumah pulak kan?

Keduanya, semasa abah hidup, kami jarang gila nak tengok abah kat Bote, tambah2 budak dua orang ni, cukup liat nak tengok abah, tapi alhamdulillah bah, nak ajak bersih kubur, buat kubur, sekali ajak jer terus on.

Ketiganya, kami memang tak mampu nak belikan rumah kat abah masa abah masih hidup, so kami decide, tak kan la abah dah meninggal pun kami tak mampu nak melawakan kubur abah, so kami decide untuk letak rumput karpet sebab org alim ada bagitahu bah, setiap helai daun tu akan berzikir untuk si mati.

Tak tahu la bah hadis sohih ke, dhaif ke, maudu. Tapi kalau sohih bah, ini dah macam "life hack" sebab kami pilih rumput karpet, berapa banyak daun tu kan bah?

Lagipun hispter sikit bah design ni sebab jarang orang Melayu buat. Lagipun kan bah ada khilaf tentang binaan atas kubur. So kami decide jauhi khilaf tu dan biarkan kubur abah jadi paling hijau kat kawasan perkuburan tu.


Keempatnya. Saja emen pilih rumput karpet dan pokok hidup bah, sebab ewan dan pejey kena datang untuk trim pokok-pokok tu dan tabur baja. Setiap bulan diorang turun dari Cameron Highland, so nak tak nak diorang kena lawat abah jugak kan? Hehe bijak tak bah?

Kelimanya, sengaja update kat wall ni bah, sebab kami doakan abah sekarang kat syurga, so abah boleh mintak hanphone untuk baca & like post ni bah. Dah tak ada orang call kitaorang every 5 minit untuk tanya pasal cuaca hujan ke tak? Dah makan ke belum?

Hmm Emen dah jadi abah pada Humaira, baru tau perasaan rindu kat anak tu macamm mana. Hmmm. Ok bah. Ini je kami mampu lakukan selain doa dan sedekah fatihah kat abah.

Yang masih hidup, ada mak abah tu. Kalau emak abah call atau mesej tu maknanya diorang rindu, so ambil je la cuti. Duit banyak pun bukan boleh tabur atas kubur mak abah tu nanti. (pesanan untuk diri sendiri).


No comments

Powered by Blogger.