Header Ads

Selva Kumar Dijangka Tiba Di KLIA Pada Jam 7.45 Pagi Esok


SEPANG - S Selva Kumar, bekas perogol bersiri dari Malaysia, dia dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.45 pagi esok.

Selva telah ditangkap dan didapati bersalah di atas 30 pertuduhan jenayah terhadap wanita, baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara selama 24 tahun di Toronto, Kanada.

Akhbar The Hamilton Star sebelum ini melaporkan, Selva Kumar yang dibebaskan pada 29 Januari lalu, ditahan Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada (CBSA) dan perbicaraan khas Majlis Imigresen dan Pelarian Kanada pada Isnin lalu mengarahkan dia ditahan sehingga dihantar pulang ke Malaysia.

Laporan dari Berita Harian mengatakan, Selva akan menaiki pesawat dari Doha yang akan tiba pada malam ini dan setelah mendapat maklumat, kira-kira 50 kumpulan petugas media berkumpul di KLIA sejak dari tengah hari tadi untuk menemui Selva Kumar.

Selva Kumar berusia 56 tahun dan berasal dari Pulau Pinang, dia telah dipenjarakan setelah didakwa melakukan serangan seksual ke atas hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak perempuan.

Selva Kumar disabitkan pada tahun 1992 dalam dua perbicaraan berasingan kerana memberi dadah dan melakukan serangan seksual terhadap 30 wanita.

Sumber: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.