Header Ads

Selva Kumar Tiba Di KLIA Pada Jam 7.30 Pagi Tadi


Putrajaya - Bekas perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah telah pun tiba di Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.30 pagi tadi seperti yang dijangkakan, lapor Harian Metro.

Selva dikatakan membuat pertukaran penerbangan dari Kanada melalui pesawat Qatar Air QR0488 dari Doha.

Difahamkan, beliau telah mengelak untuk menemui pihak media yang sedang menunggu ketibaannya sejak dari semalam di KLIA. Dia dikatakan telah menggunakan laluan Balai Ketibaan Domestik kerana tahu kumpulan petugas media sedang menunggunya di di Balai Ketibaan Antarabangsa.

Sepasukan pegawai Bahagian Jenayah Seksual (D11) Bukit Aman didapati telah mengambil dan merekodkan keterangan daripada Selva setibanya Selva di KLIA.

Selva Kumar dihantar pulang ke Malaysia setelah selama 24 tahun menjalani hukuman penjara akibat sabitan berbagai kes jenayah seks dan peras ugut yang membabitkan ramai wanita.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.