Header Ads

Seorang Lelaki Dibelit Ular Sawa Dari Paras Kaki Ke Leher Meninggal Dunia


Kemaman, Terengganu - Seorang lelaki maut kerana dililit seekor ular sawa ketika dalam percubaan untuk menangkap haiwan itu di Kampung Rambutan, Jabor, malam tadi, lapor Utusan Online.

Lelaki itu yang dipercayai seorang buruh ladang dan juga rakyat Indonesia dikatakan patah tulang rusuk dan sesak nafas sebelum meninggal dunia.

Mangsa, Sapar, 55, dari Jawa, dikatakan hampir ditelan haiwan berkenaan setelah terserempak dengan ular sawa itu yang ketika itu menyusup ke dalam semak.


Kejadian yang berlaku pada jam 9.30 malam itu, dia baru saja keluar dari rumah kawannya bersama isteri dan anaknya. Semasa di tempat kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Menurut Mohd Yazid Ibrahim, 30, yang menyaksikan kejadian, mangsa dikatakan ingin melihat ular itu dengan lebih dekat dengan memegang kepala haiwan itu serta menarik keluar dari semak.

Mangsa juga ada bertanyakan sama ada ular itu berbahaya atau tidak kerana saiznya yang agak besar dan dia terus menghampiri ular berkenaan.

Dalam beberapa ketika saksi mendengar jeritan mangsa meminta pertolongan kerana ular itu telah membelitnya dari paras leher sehingga ke kakinya.



Saksi dikatakan mengambil gunting yang berada di dalam kereta dengan cubaan untuk membunuh ular berkenaan namun tidak berjaya. Akhirnya penduduk kampung datang untuk memberikan pertolongan.

Menurut saksi lagi, keadaan mangsa ketika itu telah dibelit sepenuhnya dan darah telah keluar melalui hidung dan telinganya.

Ular berkenaan akhirnya dapat dibunuh oleh penduduk kampung dengan menggunakan sabit. Mangsa didapati telah meninggal dunia selepas ular itu berjaya dibunuh dan laporan polis telah buat untuk siasatan lanjut. - Koleksi Viral

Sumber: Dean Taib

No comments

Powered by Blogger.