Header Ads

Siti Nurhaliza Capai Impian Ke Baitulmaqdis Melawat Kota Bersejarah


Petaling Jaya - Impian penyanyi popular nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis akan tercapai apabila dia dikhabarkan akan pergi ke sana pada Rabu nanti.

Menurut Siti Nurhaliza, "Impian untuk mengunjungi masjid ketiga paling suci dalam Islam itu sudah saya pendam sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini saya sudah ke Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Siti juga memberitahu tentang hajatnya untuk melawat kota-kota bersejarah yang lain termasuk juga Jordan dan dia akan berada di sana selama sembilan hari.

Katanya, dia dan suami berserta ibu mentua dan kakak iparnya bersama 21 orang yang menyertai rombongan itu untuk pergi ke sana. Kunjungan itu adalah ziarah semata-mata dan bukannya misi kemanusiaan.

Sumber: Harian Metro, Siti Nurhaliza Tarudin Official

No comments

Powered by Blogger.