Header Ads

Sticker Burung Goyang Trash Doves Menggila Di Laman Facebook


Satu stiker seekor burung yang berwarna unggu tiba-tiba jadi trending di laman sosial facebook. Burung unggu yang menganggukkan kepalanya itu menjadi pilihan netizen kerana dikongsi di semua perkongsian di facebook.

Penggunaan sticker yang dikatakan mempunyai namanya yang tersendiri iaitu 'Trash Doves' itu mula jadi viral di Thailand pada awal bulan Februari, lapor Sinar Harian.

Ianya umpama menjadi satu kegilaan pengguna laman sosial ini apabila menggunakan stiker berkenaan di berbagai perkongsian sama ada berita sedih, gembira mahu pun berita kematian.


Menerusi The Verge melaporkan, terdapat beberapa laman facebook rasmi organisasi yang mempunyai nama besar seperti CNN, BBC, Business Insider dan banyak lagi turut sama terkena tempias viral burung goyang ini di bahagian komen.

Jika anda menggunakan sticker ini secara berlebihan tanpa mengira senstiviti orang lain akan mengundang kemarahan kepada si pemilik perkongsian dan mungkin juga dianggap sebagai biadap jika dipaparkan di komen berkaitan berita kematian dan juga berita sedih.


Menurut seorang pengguna facebook, sticker ini boleh digunakan secara bebas oleh sesiapa saja di dunia ini, namun kita harus bijak membuat keputusan untuk berkongsi stiker ini di tempat yang sesuai agar tidak mengundang kemarahan terhadap orang lain. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.