Header Ads

Susu Formula Soya Adalah Punca Anak Lelaki Anda Menjadi Lembut - Dr Noorul Amin

Sukar untuk dipercayai apabila susu formula soya dikatakan punca dan penyebab yang menjadikan seorang anak lelaki akan berperwatakan lembut atau lebih jelas lagi sebagai pondan atau mak nyah.

Lelaki lembut biasanya dikatakan lembut semula jadi atau dikatakan kerana takdirnya menjadikan dia begitu tanpa diminta dilahirkan begitu. Namun, semua kenyataan berikut tidak lagi boleh digunapakai apabila Doktor Haji Noorul Amin Haji Abdul Rahman telah membuktikan melalui perkongsiannya iaitu susu formula soya sebagai penyebab menjadikan kelakuan anak lelaki bertukar kepada perempuan.


Oleh: Doktor Haji Noorul Amin Haji Abdul Rahman

SUSU FORMULA SOYA - PENYEBAB ANAK LELAKI ANDA JADI LEMBUT

Pernahkan anda lihat lelaki yang berperwatakan lembut seperti wanita? Terlalu banyak lelaki-lelaki seperti ini di sekeliling kita. Apakah punca mereka berperwatakan seperti itu? Adakah kerana sesekali ibu mereka pakaikan pakaian wanita ketika mereka kecil menyebabkan mereka jadi begitu? Sains moden menyalahkan genetik. Adakah ini betul?

Ketika bayi dalam kandungan hormon testosterone sudah pun menjalankan fungsinya untuk membezakan antara bayi perempuan atau lelaki. Peningkatan hormon wanita estrogen dalam badan bayi lelaki akan menyebabkan kesan hormon testosterone akan berkurangan seterusnya menyebabkan ciri-ciri kewanitaan timbul dalam diri bayi/lelaki tersebut.

Dr Kaayla T Daniel seorang pakar nutrisi yang terkenal di Amerika. Beliau memegang PhD dalam bidang Sains Nutrisi dari Universiti di Cincinati. Beliau juga diiktiraf sebagai Clinical Nutritionist oleh International and American Association of Clinical Nutrition. Beliau juga bekas Naib Presiden Yayasan Weston A. Price, yayasan yang mendidik masyarakat Amerika khususnya berkenaan diet menerusi penyelidikan dan pendidikan.

Dr Kaayla menulis sebuah buku bertajuk 'The Whole Soy Story : the dark side of America's favorite health food. Dalam buku ini dia menceritakan dengan terperinci kesan buruk makanan berasaskan soya kepada kesihatan manusia.

Antara kesan buruk SOYA kepada manusia ialah akibat kandungan PHYTOESTROGEN dalam soya. Phytoestrogen ialah hormon wanita estrogen daripada sumber tumbuhan. Ramai ibubapa beralih kepada susu formula soya sekiranya bayi mereka alah kepada susu formula lembu atau dikenali sebagai LACTOSE INTOLERANCE.

Ramai doktor atau pakar pemakanan berjaya meyakinkan ibubapa dengan mengatakan kesan estrogen (hormon wanita) yang terdapat dalam Phytoestrogen adalah lemah. Kelemahan Phytoestrogen berbanding hormon wanita estrogen adalah terlalu rendah, melebihi 100 000 kali atau sejuta kali lebih rendah dari hormon wanita estrogen.

Kajian yang menyatakan kesan Phytoestrogen adalah 100 000 kali atau sejuta kali lebih rendah datangnya daripada penyelidik yang berkerja dengan NESTLE. Sebab apa penyelidik NESTLE menyatakan kesan aktiviti hormon wanita Phytoestrogen adalah jauh lebih rendah dari hormon wanita estrogen yang sebenar dan susu formula soya adalah selamat untuk bayi? Sebabnya NESTLE adalah pengeluar susu formula soya terbesar di dunia.

Fakta diubah. Ibubapa dibohong dengan mengatakan susu formula soya selamat untuk bayi semata-mata berorientasikan keuntungan. Biarkan masyarakat merana, biarkan masalah sosial wujud akibat perubahan fisiologi bayi lelaki ini asalkan DUIT menjadi matlamat utama.

Sebenarnya kadar kelemahan hormon Phytoestrogen hanyalah 1200 kali lebih rendah dari hormon wanita, bukannya 100 000 kali atau sejuta kali. Walaupun kadarnya rendah 1200 kali tetapi bahaya perubahan fisiologi badan bayi lelaki masih tinggi sekiranya bayi lelaki tersebut bertahun-tahun lamanya diberi susu formula soya.

Jadi apakah penyelesaian untuk masalah bayi LACTOSE INTOLERANCE ? Terdapat susu alternatif untuk masalah ini di pasaran antaranya susu bebas laktos (lactose free milk) atau susu beras (rice milk). Susu formula soya bukanlah satu-satunya penyelesaian untuk masalah ini.

Bayi perempuan juga terdedah kepada bahaya kesihatan sekiranya diberi susu formula soya. Antaranya peningkatan risiko kanser payu dara dan risiko kemandulan.

Jadilah ibubapa yang prihatin. Bebaskan bayi anda dari susu formula soya selama-lamanya.
Sumber: Dr Hj N Amin Hj Abd Rahman

Artikel berkaitan:
Minuman Kacang Soya Akan Menyebabkan Kanser Memberhaya - Dr Noorul Amin

No comments

Powered by Blogger.