Header Ads

Taktik Janda Kelawar Paling Terkenal Dan Popular Melepaskan Gian


Di Ampang Jaya, Seorang janda berbusana kelawar paling popular di kawasan itu telah ditahan dipercayai terlibat dengan jenayah dadah.

Taktik janda kelawar ini dengan menggunakan baju tidur untuk mengaburi kegiatannya dari pihak berkuasa. Dia akan keluar rumah dengan hanya berpakaian sebegitu.

Janda berkenaan akan keluar dari rumah dan pergi ke tong sampah berdekatan dengan rumahnya untuk mengambil dadah yang diletakkan oleh penjual dadah.

Menurut sumber, janda kelawar ini sangat terkenal di kalangan kebanyakan penagih dadah di kawasan Taman Cempaka dan dikatakan sering melepaskan gian secara beramai-ramai di rumahnya.

Difahamkan, wanita yang berusia 45 tahun ini juga menyediakan dapur untuk memasak syabu kepada semua penagih di rumah kedai yang disewanya di kawasan berkenaan.

Dia yang menjadi janda sejak 14 tahun lalu difahamkan bermurah hati apabila turut memberi hutang kepada rakan penagih yang tidak mempunyai duit untuk membeli dadah. - Koleksi Viral

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.