Header Ads

Taktik Terbaru Warga Asing Berkumpulan Masuk Rumah Sehingga Tidak Disedari Pemilik


Warga asing memasuki rumah dengan mudah walaupun masih ada orang di rumah. Taktik licik mereka akan membuatkan pemilik rumah tidak menyedari akan kehadiran mereka dan sasaran utama mereka adalah warga emas.

Kes terbaru telah berlaku di Terengganu dan kes ini juga telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun facebook di laman sosial itu. Ibu individu ini telah mengalami kes ini semasa ibunya keseorangan di rumah sebelum di datangi warga asing dipercayai dari Myanmar yang ingin meminta daun berubat yang ada di belakang rumah.

Inilah taktik mereka yang bertanyakan tentang daun berubat dan biasanya tanaman sebegini akan ditanam di belakang kediaman kita. Semasa pemilik rumah pergi untuk mendapatkan daun tersebut bersama suspek pertama, suspek kedua akan memasuki rumah serta akan mengambil apa saja barang berharga di dalam rumah.

Oleh: Hafiz Khusyairi


Taktik Terbaru Warga Asing Masuk Rumah


Ada seseorang yang datang ke rumah ibu saya dengan mendukung seorang anak. Orang tersebut kelihatan seperti warga asing bukannya orang Melayu dan memberi salam kepada ibu saya.

Kedatangan dia ke rumah ibu saya dengan hajat untuk mengambil daun yang boleh dibuat ubat. Dia dengan selamba meminta dari ibu saya dan memberitahu dia pernah datang ke rumah ini tidak lama dulu. Dan juga dia mengatakan daun tersebut ada di belakang rumah.

Ibu menyuruh wanita tersebut pergi mengambilnya sendiri di belakang rumah tetapi dia berkata dia tidak mampu untuk memetik daun itu dan lagi pun dia sedang mengandung serta mendukung anak katanya.

Ibu tanpa berlengah lagi keluar dari rumah dan mengajak wanita itu mengikut ibu pergi ke belakang rumah. Ibu seperti tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap wanita tersebut tidak mempunyai apa-apa niat jahat, lagi pun bagi ibu memberikan daun yang dipercayai boleh mengubati penyakit akan mendapat pahala.

Ibu saya juga tidak menyangka wanita ini mempunyai niat jahat dan tidak tahu apa-apa, lagi pun ketika itu waktu siang dan wanita berkenaan sedang mengandung dan mempunyai anak.

Secara kebetulan abang ipar saya tidak berkerja pada hari berkenaan. Tanpa disangka ketika ibu ke belakang rumah, rupanya ada seorang lagi wanita warga asing terus memasuki ke dalam rumah. Abang ipar saya pada masa itu baru saja sampai di rumah dan melihat pintu depan rumah terbuka luas dan juga kelihatan satu kereta Exora berada di depan rumah.


Abang ipar saya mengesyaki sesuatu yang sedang berlaku dan menekan hon motor berkali-kali untuk memanggil ibu. Tiba-tiba seorang wanita berbaju hitam (gambar) mengintai dari dalam rumah melalui tingkap dan terus keluar dari rumah.

Wanita itu seperti terkejut dan terus bertanyakan ibu saya ada di rumah atau tidak kerana dia ingin berjumpa dengan ibu. Abang ipar saya tidak dapat menahan kemarahan terus memekik kerana wanita itu tahu tiada siapa di dalam rumah tetapi tetap masuk juga.

Tiba-tiba ibu datang dari belakang rumah bersama wanita mengandung tadi dengan membawa beberapa helai daun yang dia kehendaki tadi.

Abang ipar saya berkesempatan mengambil gambar kedua wanita ini dan bertanyakan sama ada mereka berdua saling mengenali atau tidak. Tetapi keduanya menafikannya dan berkata mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Tanpa berlengah mereka terus beredar dari rumah dan wanita mengandung bersama anaknya keluar berjalan kaki, manakala wanita berbaju hitam itu menaiki kereta Exora. Abang ipar saya keluar dari rumah dan memerhati mereka dari jauh.

Secara tiba-tiba apabila sampai di satu simpang empat lampu isyarat, wanita mengandung bersama anaknya menaiki kereta Exora tadi. Dia juga sempat berpaling ke arah abang ipar dan perasan gelagatnya sedang diperhatikan. Dengan pantas dia berlari menaiki kereta Exora berkenaan yang sedang menunggunya.

Inilah taktik terbaru warga asing yang kini semakin berleluasa di Terengganu dan pastinya akan terjadi lagi di seluruh Malaysia. Warga tua adalah sasaran utama mereka. Mereka juga akan memerhatikan terlebih dahulu sama ada ramai orang di rumah atau pun tidak.


Mungkin juga mereka telah lama memerhatikan rumah ibu saya sebelum membuat keputusan untuk datang ke rumah.

Gambar kereta dan wajah mereka juga sempat dirakamkan, ini akan lebih memudahkan kita semua untuk lebih berhati-hati dengan orang seperti ini.

Mungkin pada satu masa nanti akan berlaku di kawasan rumah anda. Sila berhati-hati dengan orang seperti ini. Syukur Alhamdulillah tiada barang yang hilang di rumah ibu saya.

Anda harus berhati-hati dengan mereka semua seperti yang dipaparkan dalam gambar dan juga nombor pendaftaran kereta jenis Exora, WA 7040 M. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.