Header Ads

Tanah Perkuburan Di Seberang Jenazah Perlu Berenang Untuk Disemadikan


Semarang, Indonesia - Apabila berlakunya sebarang kematian di kawasan Kampung Kalirejo, Daerah Grobogan, Jawa Tengah, setiap jenazah harus dibawa menyeberangi Sungai Lusi yang jauhnya 100 meter dan mempunyai kedalaman 10 meter.

Media Indonesia telah melaporkan, punca jenazah wajib 'berenang' menyeberangi Sungai Lusi kerana kawasan tanah perkuburan berada di seberang. Jenazah perlu dihantar ke seberang untuk disemadikan apabila setiap kematian berlaku.

Dalam apa saja situasi di kampung ini sekiranya ada kematian mereka perlu melintasi sungai berkenaan untuk kebumikan jenazah. Sungai Lusi juga dikatakan adalah satu-satunya jalan alternatif yang ada untuk menyeberanginya.


"Laporan dari Liputan 6 juga mengatakan, seperti juga jenazah Muslim lain, jenazah perlu dimandikan, lalu segera disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan seberang sungai ini, tanah perkuburan ini merupakan pemakaman yang paling dekat.

Mereka yang menyeberangi sungai ini dengan membawa jenazah harus berkerjasama agar jenazah tidak hanyut dibawa arus. Setiap orang yang membawa mayat mempunyai tugas-tugas masing bagi memastikan jenazah sampai ke seberang dengan selamat.

Sumber: Sinar Online

No comments

Powered by Blogger.