Header Ads

Tanpa Minuman Manis Elakkan Makanan Bergoreng, Lelaki Ini Hilang Berat Badan 40Kg


Apabila badan terlalu gemuk, kita akan dikatakan ada penyakit itu dan ini. Gemuk dan penyakit sememangnya tidak dapat dipisahkan. Tidak semestinya apabila badan seseorang itu, maka dia mempunyai penyakit. Tetapi selalunya orang yang gemuk akan mempunyai penyakit seperti darah tinggi dan sebagainya.

Jika berat badan melebihi had dengan badan seseorang pastinya akan menganggu pergerakan individu itu sendiri. Kegemukkan juga dipercayai mudah terdedah kepada penyakit tertentu yang melibatkan kegemukan.

Ketika badan masih gemuk.

Apabila berat berlebihan dan ada kesungguhan serta keinginan untuk kurus, tentunya diri sendiri akan berusaha dan nekad untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang berkongsi bagaimana dia kembali kurus setelah berhempas pulas menguruskan badan. Dia tidak berputus asa untuk menguruskan badan apabila telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 40kg.

Akhirnya dia berjaya kurangkan berat badan sebanyak 40kg

Kepada anda yang sedang tercari-cari bagaimana untuk kurus serta tips untuk kurus, anda boleh mengikuti perkongsian daripada Arif Sukri ini.

Dulu dan sekarang.

Selamat pagi kawan. Hari ini adalah hari kedua cabaran tanpa minuman manis +elak makanan bergoreng.

Saya buat cabaran ni bukan sekadar suka-suka. Ada sebab yang kukuh untuk saya minta kau orang bersama saya.

Tinggal air manis dah elak makanan bergoreng dengan kuantiti minyak yang tinggi antara faktor kejayaan saya menurunkan berat badan sebanyak 40 kg.

Jadi saya tak mahu kejayaan ini terus menjadi rahsia seorang. Maka saya kongsikan. Dan kau orang pun kena juga kuat.

Betul. Susah masa mula-mula nak tinggal air manis. Tapi kalau 3 hari berturut kau boleh buat dengan disiplin yang tinggi, pasti lepas tu dah jadi kebiasaan. Percayalah

Air kosong, milo kosong, jus tanpa gula, kopi kelat tidaklah seteruk yang kau sangka. Cubalah order satu hari ni. Latih hidup tanpa minuman manis.

Pasal tinggal makanan bergoreng ni, saya dulu pun menggeletar satu badan woih. Kahkah. Tapi bila sudah nekad tetap mencari hidangan yang tidak banyak guna minyak walaupun susah.

Kuih bergoreng, nasi bergoreng, lauk bergoreng tak teruk sangat nak tinggal. Masih banyak pilihan menu yang boleh kau pilih.

Dulu saya buat dua bulan berturut-turut. Tapi untuk kau orang kita cuba seminggu ini dahulu ya.

Agar tak boring ajaklah juga member dan ahli keluarga kau join cabaran ini. Pasti jadi lebih menarik. Sama-sama berjuang, cewah.

Ah, panjang pula sembang pagi ni. Hehe. Hari kedua ini saya doakan kau orang terus bersemangat. Mari kuatkan tekad sahut cabaran ini.

Tiada yang mustahil bagi yang berani mencuba.

Arif Sukri
Say haii untuk cabaran.

Gambar terkini.

Sumber: Arif Sukri

No comments

Powered by Blogger.