Header Ads

Telefon Peribadi Milik Hitler Dilelong Dengan Anggaran Harga RM1.3 Juta


Washington - Sebuah telefon peribadi berwarna merah yang dikatakan adalah milik pemimpin Nazi, Adolf Hitler yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua untuk memberikan arahan telah di lelong pada hari ini.

Telefon berwarna merah itu sebenarnya berwarna hitam telah diwarnakan semula serta ukiran yang tertera nama Hitler dijumpai pada tahun 1945 di Berlin di kubu pemimpin setelah rejim berkenaan mengalami kekalahan dalam perang.

Menurut laporan, harga untuk telefon itu di antara AS$200,000 (RM890,60) dan AS$300,000 (RM1.3 juta) mengikut anggaran Rumah lelongan Alexander Historical.

Syarikat itu pada hari ini melelong lebih 1,000 barangan termasuk telefon putar jenama Siemens yang diukir lambang swastika dan simbol helang empayar Nazi.
Telefon itu dianggap sebagai ‘senjata’ sepanjang zaman kerana digunakan bagi mengeluarkan arahan yang membunuh jutaan nyawa.

Hitler dikatakan setiap kali memberikan arahan apa saja yang berkaitan perang ketika dua tahun terakhir Perang Dunia kedua dengan menggunakan telefon itu.

Russia menghadiahkan telefon itu kepada pegawai tentera Britain, Sir Ralph Rayner ketika melawat kubu itu tidak lama selepas Jerman menyerah kalah.

Anak lelaki Rayner mewarisi telefon itu sebelum menjualnya.

Cat merah pada telefon itu mula menggelupas dan mendedahkan warna asalnya iaitu hitam. - AFP
Koleksi Viral

Sumber: Harian Metro, CNN, Alexander Historical Auctions

No comments

Powered by Blogger.