Header Ads

Tergamaknya Seorang Anak Mengabaikan Kesihatan Si Ayah Dengan Alasan Tiada Cuti Kerja

Mengapa seorang anak sanggup membiarkan seorang ayah menanggung kesakitan tanpa memberi perhatian sepenuhnya seperti mana mereka menjaga kita sedari kecil dengan penuh kasih sayang?

Sanggupnya si anak memberi alasan tiada cuti kerja apabila ditanya kenapa tidak membawa ayah ke klinik untuk memberi rawatan. Inilah dia sikap mementingkan diri sendiri seorang anak terhadap ayahnya.

Perkongsian menarik ini dari Doktor Taufiq Razif untuk dijadikan pengajaran kepada semua yang berada di luar sana yang mempunyai ayah dan ibu.


Oleh: Taufiq Razif

Ada Anak Biarkan Luka Ayahnya Berulat?


Paling saya sayu bila teringat balik kisah saya rawat seorang pakcik tua yang tak dipedulikan keluarga sendiri. Pakcik tu datang untuk cuci luka kat kakinya je.

Bila bukak je luka tu saya tergamam! Luka tu penuh dengan ulat! Luka yang kotor dan bernanah ni saya boleh terima lagi tapi kalau dah penuh ulat sampah (maggots) itu dah melampau sangat!

Tiba-tiba saya naik angin tapi Alhamdulillah masih sempat bertenang. Saya tanya baik-baik anak perempuan pakcik tu kenapa luka si ayah ni sampai tahap berulat macam tu. Biasanya luka berulat ni sebab tak pernah dicuci je. Si anak dengan muka tak bersalah cakap tak dapat cuti untuk hantar si ayah pergi cuci luka.

Ya Allah. Kesiannya la pakcik ni dapat anak macam ni. Anak dia tak tahu ke jangkitan kuman pada luka ni boleh menyebabkan kematian. Lebih-lebih pada orang tua macam pakcik ni. Sebab tu kita pun kalau ada luka dan luka tu:

- makin sakit
- ada nanah atau keluar cairan daripada luka tu
- warna kulit di sekeliling luka tu jadi merah
- disertai demam atau rasa tak sedap badan
- luka lambat sembuh

Itu tandanya luka kita sudah terkena jangkitan kuman! Kena cepat-cepat jumpa doktor. Biasanya doktor akan bagi antibiotik dan cuci luka itu sebersih bersihnya.

Kalau tak sanggup cuci luka keluarga sendiri, hantar je ke Klinik Kesihatan yang terdekat, boleh? Biarlah petugas kesihatan kat sana yang selalu dimaki dicaci di media sosial tu yang membersihkan kekotoran dan luka keluarga kita tu. Insyaallah mereka sanggup.

P/S : Biasanya doktor akan buat turpentine dressing untuk luka yang berulat. Bau turpentine ni memang menyengat sikit la tapi InsyaAllah bila bukak dressing tu keesokan hari nya ulat yang duduk paling dalam kulit pun akan lemas dan keluar.

Kesimpulannya di sini, seorang anak mesti bertanggungjawab memastikan kesihatan ayahnya dijaga bukannya membiarkan dia menanggung kesakitan separuh mati.

Betapa kejamnya si anak jika memperlakukan kepada ayahnya sedemikian rupa. Ingatlah suatu ketika dulu mereka yang membesarkan kita. Tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini dan tiadalah apa yang kita ada seperti hari ini.

No comments

Powered by Blogger.