Header Ads

Tiada Kekasih Tiada Masalah, Lelaki Ini Ajarkan Cara Tayang Bahagia Di Media Sosial Bersama Kekasih Palsu

Sewaktu orang lain sedang hangat bercinta, berkasih sayang dan berbahagia bersama pasangan kekasih mereka, pastinya ada seseorang yang masih keseorangan tanpa cinta dan tanpa pasangan.

Lagi menyedihkan apabila setiap pasangan bercinta berkongsikan detik bahagia dan saat indah mereka di laman sosial, tentunya rasa cemburu di hati kepada mereka yang belum mempunyai pasangan.

Jika diberi peluang ingin sekali menjadi seperti mereka pasangan kekasih yang romantik dan menyimpan semua kenangan manis bersama di laman-laman sosial untuk tatapan di satu masa nanti, tetapi masih lagi tidak kesampaian.


Kini, anda tidak perlu lagi bimbang jika tidak mempunyai kekasih kerana seorang lelaki yang dikenali sebagai Rain Yokohama telah membongkarkan rahsia bagaimana ingin bahagia seperti pasangan lain dan meninggalkan kenangan di media sosial bersama pasangan walaupun hakikatnya kita masih lagi single hingga sekarang.

Sila perhatikan semua gelagat Rain seperti dalam gambar di bawah. Rain telah menjadi terkenal apabila telah memuat naik beberapa gambar yang membuktikan kehidupan seorang yang single menjadi seperti berpasangan di media sosial menggunakan trik ini.











Rain telah menunjukkan cara-cara bagaimana untuk berselfie bersama pasangan kekasih seolah-olah kita bergembira dengan pasangan kita walaupun hakikatnya kekasih kita itu langsung tidak wujud.

Rain mengambil gambar bermula dengan berpegangan tangan, tidur bersama kekasih, makan bersama, berciuman dan banyak lagi yang dapat anda lihat dalam gambar berikutnya. - Koleksi Viral

Sumber: Humordemecs

No comments

Powered by Blogger.