Header Ads

Wanita Berniqab Bagai Tetapi Penipu Sindiket Derma Duit Rumah Anak Yatim



Tiada siapa yang akan menyangka jika seorang wanita berniqab dan lemah lembut adalah seorang yang penipu besar di laman sosial facebook.

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Radiyana Anuar apabila dia dapat mengesan kes penipuan yang dilakukan oleh wanita yang tak bermaruah ini.

Ikuti perkongsian dari portal Cari yang membongkarkan kegiatan penipuan licik wanita ini.

Niat yang baik untuk menghulurkan bantuan dengan rezeki yang ada dan ikhlas kepada sebuah rumah anak yatim tetapi tidak kesampaian apabila rupanya dia ditipu oleh kata manis seorang wanita, semua itu taktik dan penipuan yang tak pernah disangkakan.

Lebih teruk lagi, penipuan ini dilakukan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai 'bonda' yang berpenampilan niqab dan bertudung labuh. Pendek kata, satu lagi sindiket yang mempergunakan agama untuk mendapat sesuatu keuntungan sekelip mata tanpa memikirkan dosa dan pahala.

Kisahnya bermula, seorang wanita yang dikenali sebagai Radiyana Anuar mendapat tahu ada pihak yang sudi menyediakan menu shell out untuk sekumpulan anak yatim. Bila duit sudah dihulurkan kepada pihak terbabit, shell out tak kunjung tiba.


Tuhan Maha Kaya dan telah memberi pentunjuk kepada Radiayana di mana dia terlihat satu perkongsian dari sebuah group lain di Facebook tentang penipuan seorang 'penunggang agama' ini.

Ternyata Radiyana menyedari yang dirinya telah pun ditipu oleh wanita berkenaan dan ketika mendapatkan kepastian daripada 'bonda' yang dimaksudkan, dia hanya ketawa dan akhirnya akses ke Facebooknya juga disekat serta merta.

Antara ayat-ayat mesej Bonda;
"Adohai, terima kasihlah..harap puan dapat mengikuti perkembangan bonda lagi selepas ini yer.

"Oklah bonda malas nak layan apa-apa yang negatif,"

Kata si 'bonda' dan serta merta selepas itu Radiyana tidak lagi dapat akses ke laman Facebook wanita tersebut dan dikhuatiri telah dipadamkan, mungkin kerana dia sedar aktivitinya telah dapat dihidu.

Antara bukti perbualan mereka


Berdasarkan komen daripada netizen lain, mereka turut mendedahkan bonda sememangnya aktif sejak dahulu untuk meminta derma daripada pelbagai grup di Facebook.


Modus operandinya mudah, daripada 10 orang yang ditipunya, ada seorang dua yang akan 'terselamat' dan dijadikan testimoninya. Makanya, makin ramai yang mempercayainya.



Kata orang, berani kerana kerana benar dan takut kerana salah. Kenapa perlu menutup akses akaun facebook beliau jika dia tidak bersalah. Amat memalukan kaum wanita yang berniqab kerana penampilannya telah mencalarkan imej wanita berniqab itu sendiri dan dalam masa yang sama kepada orang Islam juga.

Di bawah ini pula antara kenyataannya di facebook sebelum dia menutup akaunnya.



Semoga kes ini mendapat perhatian pihak berkuasa dan membenteras kegiatan kotor wanita ini dengan segera. Sebarkan supaya wanita ini dihadapkan ke muka pengadilan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.