Header Ads

Wanita Hamil Mati Ditembak Dikenal Pasti Tiada Kaitan Dengan Kongsi Gelap


Georgetown - Kes seorang wanita yang telah mati ditembak di Taman Pekaka 1, Gelugor petang semalam, wanita itu telah pun dikenal pasti sebagai Ruby Lee Poh Ai, lapor Harian Metro.

Mangsa berusia 49 tahun, didapati tinggal di Tanjung Bungah dan dia juga seorang ahli perniagaan yang dikenali dalam bidang logistik perkapalan.

Menurut Ketua Jabatan Siastaan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Zainol Samah, "Kita juga menolak andaian yang mengatakan mangsa adalah isteri kepada seorang lelaki bergelar Datuk Seri.


Selepas siasatan terperinci dilakukan, kes yang membabitkan kematian mangsa tidak mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap seperti yang dikatakan.

Melalui siasatan awal yang dilaksanakan oleh polis, kejadian itu bermula apabila dua lelaki yang tidak dikenali telah menghampiri kereta mangsa di bahagian sisi pemandu dan telah melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu, wanita berkenaan yang memandu seorang diri keretanya BMW putih mati serta merta setelah ditembak dengan kesan tiga das tembakan di bahagian kepala manakala selebihnya terkena badan mangsa. - Koleksi Viral

Sumber: Harian Metro, ImBisnes

No comments

Powered by Blogger.