Header Ads

Wanita Sarat Mengandung 9 Bulan Dicekup Berkhalwat Dengan Tiga Lelaki Di Bilik Hotel


Alor Setar - Seorang wanita yang sedang sarat mengandung bersama tiga orang lelaki didapati bersalah kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel bajet malam tadi di Jalan Lencong Barat.

Difahamkan, wanita berkenaan yang berusia 26 tahun sedang mengandung anaknya yang keenam yang dikatakan hasil hubungan haram dengan seorang lelaki yang berusia 32 tahun, lapor Harian Metro.

Lelaki berkenaan turut ditahan ketika serbuan dilakukan di hotel tersebut. Menurut sumber anak-anak wanita berkenaan juga telah diberikan kepada keluarga angkat.

Dia yang dipercayai bekerja di sebuah kedai pakaian di bandar ini telah mengenali lelaki berkenaan sejak tahun lalu. Manakala, suaminya telah pun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2012 di Pulau Langkawi.

Menerusi laporan yang dinyatakan oleh Penolong Pengarah Operasi Bahagian Penguat kuasa Undang-undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Rasydan A Rahman, wanita dan tiga lelaki berkenaan ditahan pada 12.30 malam di hotel bajet tersebut. Serbuan dilakukan setelah mereka meneliti buku daftar masuk ke hotel itu sebelum mereka dicekup.

Setelah mereka yang ditahan diambil keterangan di Balai Polis Alor Setar, mereka juga dibawa ke pejabat agama daerah sebelum dibebaskan di atas jaminan keluarga.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat yang sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.” ujarnya lagi.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.