Header Ads

Wanita Yang Dianggap Mati Dan Hilang Selama 10 Tahun Rupanya Masih Hidup Dan Tinggal Di Sebuah Kafe Siber

Gambar Hiasan

Seorang wanita Cina yang dikatakan telah hilang selama 10 tahun dan telah pun dianggap meninggal dunia oleh kedua ibu bapanya, kini dijumpai masih hidup dan tinggal di sebuah kafe siber selama satu dekad, lapor Daily Mail.

Wanita itu yang dikenali dengan nama samaran Xiaoyun itu telah ditemui oleh polis di sebuah kafe siber di bandar Hangzhou, di timur China. Dia dikatakan telah menyara kehidupannya selama tinggal di kafe siber berkenaan dengan bermain online games.

Polis menemui Xiaoyun pada 20 November semasa pemeriksaan mengejut dilakukan di kafe internet tersebut di daerah Kangqiao di Hangzhou.

Wanita itu kini berusia 24 tahun dan didapati telah menggunakan kad pengenalan palsu serta ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Setelah polis membuat pemeriksaan dan pengesahan melalui pangkalan data orang hilang, pegawai polis menyedari Xiaoyun adalah orang hilang yang dicari dari bandar Dongyang, yang dilaporkan hilang pada 10 tahun yang lalu iaitu sejak tahun 2005.

Xiaoyun kemudian mengaku dan memberitahu bahawa dia adalah seorang remaja yang memberontak serta mengambil keputusan untuk lari dari rumah selepas berlakunya pertengkaran antara dia dan bapanya.

Dia memberitahu kepada Qianjiang Evening News bahawa dia telah melarikan diri dari rumah dan pada masa itu sebenarnya dia cuba meminta sedikit duit daripada ayahnya namun ayahnya tidak memberikan wang kepadanya malah mengatakan dia sering menipu.

'Jadi saya mengambil keputusan untuk melarikan diri untuk selama-lamanya', ujarnya.

Xiaoyun juga berkata semasa dalam 10 tahun itu dia telah tinggal di beberapa tempat seperti Jinhua, Jiangxi dan Hangzhou.

Untuk menyara kehidupannya dia telah banyak bekerja di kafe siber yang berlainan.

Xiaoyun juga adalah seorang pemain online games yang terbaik sehingga pemain lain akan membayar kepadanya untuk bermain permainan tersebut.

Sumber: DailyMail

No comments

Powered by Blogger.