Header Ads

Warga Emas Digoda Gadis Wangi Dalam Hutan Yang Berbogel Secara Tiba-Tiba


Mukah, Sarawak - Seorang warga emas menceritakan pengalamannya ketika tersesat di dalam hutan ketika beliau ingin mencari buah kelubi atau dikenali juga sebagai asam paya.

Sidek Baki, berusia 75 tahun, memberitahu, setelah dia memunggah semua asam payanya di hujung jalan, secara tiba-tiba dia terbau sesuatu yang amat wangi di kawasan itu.

Dia melihat sekelilingnya dan ternampak tiga gadis cantik yang dikatakan berusia dalam lingkungan 8 sehingga 10 tahun yang sedang memanggilnya.

Menurut Sidek, pada mulanya dia langsung tidak mahu mengikut ajakan gadis-gadis berkenaan kerana dalam ketakutan serta merasa hairan setelah tercium bau dari badan mereka.

Entah bagaimana setelah puas dipujuk serta digoda dan mereka mengatakan akan menunjukkan di mana kawasan yang mempunyai banyak asam paya, dia dengan sendirinya mengikut saja ajakan gadis itu bertiga.

Menerusi Utusan Sarawak bertarikh 13 Februari melaporkan, dia dikatakan hilang secara misteri selama 28 jam selepas mencari asam paya dan juga rotan pada hari Jumaat lalu. Namun, akhirnya dia ditemui dalam keadaan selamat.



Gerakan operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan dan diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan beberapa penduduk kampung di sebuah hutan terletak 10 kilometer berdekatan dengan rumah warga emas berkenaan.

Dia juga memberitahu bahawa dia tidak merasa lapar kerana telah diberikan oleh gadis-gadis itu makanan iaitu kuih penyaram.

Menurut Sidek lagi, ketika dalam perjalanan ke tempat yang dikatakan oleh tiga gadis berkenaan di mana banyak terdapat asam paya dengan tiba-tiba tiga gadis itu menanggalkan pakaian mereka sambil berjalan di hadapannya.


Semasa mereka menanggalkan pakaian Sidek berkata dia telah memarahi mereka dan dengan segera menutup mata.

Tiga gadis berkenaan langsung tidak mengendahkan Sidek walau Sidek telah memarahi mereka. Sidek berkata dia terus membaca surah Al Fatihah sebanyak lima kali dan selepas habis bacaan yang kelima gadis-gadis berkenaan hilang dari pandangan.


Selepas itu, barulah Sidek mendengar suara-suara orang yang memanggil namanya dan ketika itulah baru Sidek sedar mereka sedang mencari Sidek yang telah hilang secara misteri.

Sumber: My Mukah

No comments

Powered by Blogger.