Header Ads

Warga Emas Kabur Penglihatan Tinggal Bersama Anak OKU Perlukan Perhatian, Ziarahlah Mereka Jika Ada Lapang


Hati siapa yang tidak merasa sedih apabila melihat seorang warga emas yang semakin kabur penglihatannya tinggal bersama anak lelakinya seorang OKU di sebuah rumah seperti tidak terurus.

Kehidupan mereka amat daif dan memerlukan perhatian orang ramai. Apalah yang boleh seorang ibu dan juga warga emas yang semakin uzur boleh lakukan di rumahnya dengan pergerakannya yang semakin terbatas.

Lebih menyedihkan apabila melihat keadaan sekitar rumah mereka sama ada di dalam atau di dalam rumah, semuanya tidak terurus kerana dia dan anaknya tidak lagi mampu untuk melakukan kerja-kerja rumah.

Satu badan NGO yang dikenali sebagai ThirdForce dengan kerja sama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Puteh yang diketuai oleh Raja Shamri telah pegi ke rumah mereka dengan tujuan menziarah dan bergotong royong untuk membersihkan kawasan rumah dan sebagainya.

Lihat saja seperti yang dipaparkan di dalam gambar di sini, sungguh menyedihkan dan mereka memerlukan perhatian dari orang ramai.

Perkongsian ini telah disampaikan oleh Tuan Raja Shamri yang memohon kepada orang ramai yang berkelapangan bolehlah datang ke rumah mereka untuk menziarahi mereka atau memberikan bantuan yang diperlukan.


























Lokasi rumah mereka di Kampung Gong Garu, Pasir Puteh, Kelantan dan anda juga boleh menghubungi Ali di nombor 0172428767. - Koleksi Viral

Sumber: Raja Shamri

No comments

Powered by Blogger.