Header Ads

7 Sebab Utama Mengapa Anda Harus Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong


Setiap lelaki mempunyai sebab dan alasan tersendiri untuk memilih pasangan yang mempunyai minat yang sama atau pun tidak untuk dijadikan isteri serta pembimbing anak-anak.

Bagi Effa Asyifa, beliau mempunyai alasannya sendiri mengapa seseorang lelaki itu yang suka melancong harus berkahwin dengan wanita yang juga suka melancong. Jom ikuti perkongsian Effa melalui facebook.

Oleh: Effa Asyifa


Sebab-Sebab Anda Perlu Kahwin Dengan Awek Kaki Travel


Baru-baru ini ramai yang berkongsi artikel tentang elakkan berkahwin dengan awek kaki melancong. Maka sentaplah awek-awek kaki travel sekalian alam.

Tetapi disebalik itu anda perlu tahu apa "passion" mereka ini ketika "travel". Apa kelebihan mereka?

Berikutnya adalah sebab mengapa anda harus memilih mereka (wanita/gadis backpacker) untuk dijadikan calon isteri.

1. Selalu bersedia mengorak langkah

Contohnya jika si suami ajak ke luar negara untuk tujuan outstation/melancong. Maka otak si isteri akan mula ligat memikirkan itinerary dan perancangan lengkap ke sana! Percaya ah si isteri akan menyiapkan kelengkapan anda sepantas mungkin. Anda hanya perlu angkat beg sahaja. Untung bukan?

2. Akan cuba memastikan bekalan cukup

Di sesetengah negara yang minoriti Islam mungkin agak susah mencari makanan Halal. Jadi wanita ini akan masak dan berjimat untuk makanan. "Abang, hari ni sayang masak nasik lemak telur mata ye" Nah! Nasik lemak di Poland you..

3. Tidak mengharapkan duit pasangan untuk melancong

Kebanyakkan awek kaki melancong akan ada Tabung Travel mereka sendiri. Tidak kiralah banyak mana tetapi mereka akan sentiasa ada duit untuk pergi ke mana-mana destinasi impian mereka.

4. Berdikari dan pandai menjaga diri

Kebanyakan dari kalangan awek kaki melancong juga akan lebih "alert" dengan keadaan sekeliling. Contoh jika kawasan itu banyak "pickpocket" seperti Paris,mereka akan selit dan menjaga rapi barang berharga.

5. Tak ambil port benda remeh

Jika awek lain sibuk update status, "saya lapar" tetapi awek kaki melancong akan ada penceritaan mereka. Berlatar belakangkan gunung dan limpahan salji di pergunungan Alps,Switzerland anda pasti tercengang melihat kebesaran Allah di media sosial mereka.

6. Berfikiran terbuka dan senang menerima pendapat

Apabila banyak melihat budaya dan negara orang, pasti pemikiran awek-awek ini akan lebih terbuka. Mereka senang menerima pendapat dan senang dibawa berbincang."Sayang, abang bukan taknak pergi New Zealand tu tapi tahun ni banyak komitmen". Si isteri akan cuba memahami si suami sambil berkata," Takpe abang, kita pergi Sabah sudah lah. Kundasang tu pun dah mcm NZ!".

7. Akan menjadi Travel Buddy terbaik untuk anda dan anak-anak kelak

Tidak kisahlah sama ada melancong di dalam atau luar negara awek-awek ini akan pastikan perjalanan travel menyeronokkan dan meninggalkan "sweet memories". Jika dari zaman bujang dia sudah memulakan pengembaraan,pasti zaman berumahtangga akan menjadi lebih mudah untuk keluar kembara bersama si suami dan anak-anak. Dia lah isteri,dia lah photographer anda, dia lah jurudandan, dan dia lah tour guide terbaik anda!

Jadi mengapa harus elakkan awek kaki travel? Apa-apa pun, jodoh yang baik untuk yang baik. Sama-sama lah saling melengkapi.

-Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.