Header Ads

Akibat Membuka Akaun Facebook Isteri Didera Dengan Kejam Dan Dikurung Suaminya


Kaherah - Hanya kerana membuka akaun Facebook, seorang wanita dikurung dan didera oleh suaminya sehingga lebam di muka.

Mengikut laporan, lelaki terbabit tidak mengizinkan isterinya membuka akaun media sosial tersebut.

Menurut polis, suami wanita berkenaan, Mustafa Raafat telah mendera isterinya Asmaa Samir dengan mengikatnya dengan tali serta mengurungnya di dalam rumah milik pasangan itu tanpa memberi sebarang makanan dan minum.

Tidak terhenti di situ sahaja, Mustafa juga dikatakan telah menyeksa isterinya menggunakan benda yang tajam.

Mengikut keterangan yang diambil daripada Mustafa, lelaki terbabit berkata isterinya telah membuka tiga akaun Facebook dengan menggunakan nama palsu dengan tujuan ingin tahu sama ada suaminya itu berlaku curang terhadapnya atau pun tidak.

Lelaki itu juga telah mengaku yang dia memukul isterinya, namun tidak mengaku bahawa dia tidak memberi sebarang makanan kepada isterinya.

Sehubungan dengan kes itu, pertubuhan hak asasi wanita Mesir mendesak agar lelaki terbabit di dakwa di mahkamah setelah laporan perubatan mengesahkan isterinya itu cedera teruk kerana didera.

Manakala, beberapa peguam pula mengatakan kesediaan mereka untuk mewakili mangsa dengan percuma. Walau bagaimanapun, di media sosial netizen pula mengecam perbuatan suami wanita malang itu serta mendesak pihak berkuasa segera memenjarakannya.

Beberapa peguam pula berkata, mereka bersedia untuk mewakili mangsa secara percuma sementara ramai pengguna media sosial mengecam tindakan Mustafa sambil menggesa pihak berkuasa memenjarakannya. - Koleksi Viral

Sumber: Harian Metro, Alarabiya

No comments

Powered by Blogger.