Header Ads

Akibat Rokok Dada Saya Ditebuk Paru-Paru Dipotong Kerana Tidak Lagi Berfungsi - Perokok Dedah Pengalaman Masuk ICU


Apabila berbicara berkaitan dengan rokok pasti kita akan mengaitkan dengan kanser paru-paru, kerana kebanyakan pesakit yang menghidap penyakit ini biasanya menyebabkan pengambilan rokok yang berlebihan.

Pada zaman sekarang, setiap 10 orang lelaki pasti ada yang merokok dan tidak ketinggalan kaum wanita juga didapati merokok, malah ada diantara mereka telah menghisap rokok semenjak di sekolah rendah.

Cuba anda bayangkan jika anda merokok seawal umur 10 tahun dan sekarang anda berusia 50 tahun, bermakna anda telah mengambil rokok selama 40 tahun. Kesihatan anda pastinya sedikit sebanyak terganggu kerana menghisap rokok.

Rokok sememangnya diketahui ramai betapa bahayanya rokok dalam jangka masa panjang. Pihak kerajaan juga telah menasihatkan orang ramai agar tidak merokok melalui berbagai kempen kesedaran yang dilaksanakan untuk membendung permasalahan ini.


Satu perkongsian yang amat bagus untuk dibaca oleh mereka yang menghisap rokok. Semoga cerita yang dikongsikan ini mampu memberi pengajaran kepada semua perokok di luar sana. Ikuti perkongsian dari Muhammad Aidelhan ini dan bacalah dengan teliti.

Assalamualaikum!
Baiklah, ramai yang minta saya terangkan kenapa dan kenapa. Saya mulakan cerita ya! Saya memang tiada sakit apa-apa sebelum ini, sihat seperti biasa.

Waktu saya berehat pada satu petang. Tiba-tiba saya sesak nafas dan nak berdiri tak boleh. Nak tunduk pun tak boleh. Jadi, saya meminta tolong dari seorang kawan untuk hantar ke klinik.

Doktor memaklumkan otot dan urat telah tegang serta doktor memberikan satu suntikan. Esoknya apabila bangun dari tidur, saya masih tidak baik. Saya merasa seperti mahu mengurut dan pada malam itu saya telah diurut.

Keesokannya, keadaan saya masih sama dan pada tengah hari saya telah ke klinik di Batu Pahat untuk dapatkan rawatan. Doktor memberitahu kes saya ini perlu dirujuk ke hospital. Saya dimasukkan ke wad kecemasan di hospital Pantai.

Saya telah diarahkan untuk Xray dan doktor menyuruh saya bersedia untuk melakukan pembedahan dada. Maka, dada saya telah ditebuk untuk keluarkan udara lebih dari paru-paru. Saya ditempatkan di ICU dan doktor segera lakukan Ct Scan dan tiba-tiba doktor memberitahu bahawa paru-paru saya telah bocor dan perlukan pembedahan segera malah akan dihantar ke Melaka.

Apabila sampai di Melaka, pembedahan utama telah dilakukan terhadap saya dan mengambil masa kira-kira 5 jam lamanya. Paru-paru saya terpaksa dipotong sedikit kerana terdapat bahagian-bahagian di paru-paru yang tidak lagi berfungsi.

Doktor telah menasihatkan saya agar berhenti dari merokok kerana paru-paru saya nanti boleh menjadi seperti karbon, hancur juga akhirnya.

Apabila telah siap pembedahan tersebut daya dapati ada dua tiub yang dimasukkan ke dalam badan saya. Itulah ceritanya.


Ini merupakan sebahagian paru-paru yang telah dipotong dan dikeluarkan kerana tidak lagi berfungsi. Di sini saya ingin ceritakan kisah bagaimana selepas pembedahan.

Saya masih lagi tidak dapat menarik nafas dalam-dalam dan masih menjalankan rawatan fisioterapi atau dikenali sebagai rawatan nafas yang betul bagi membolehkan paru-paru saya kembali berfungsi seperti sediakala.

Kepada perokok-perokok di luar sana, cuba anda bayangkan, saya tidak boleh tidur lebih dari dua jam untuk sekali lelap kerana kalau terlebih, saya akan mengalami kesakitan yang teramat sangat ketika tersedari dari tidur.

Semasa tidur paru-paru kita hanya melakukan pergerakan yang paling minima dan bila hendak menarik nafas seperti biasa akan terasa satu keperitan seperti luka kemalangan yang berdarah umpama diperah limau.


Semua ini buknan tipu. Inilah yang saya alami sendiri. Jadi kepada perokok-perokok semua, anda bayangkan setiap hari anda akan berasa takut untuk tidur. Saya berikan sedikit tips kalau-kalau ada yang terkena seperti saya di masa akan datang.

Anda perlu tidur dalam keadaan duduk supaya tidak terlalu nyenyak. Itulah yang saya alami pada masa ini. Sekian. Assalamualaikum.

Semoga ianya memberikan sedikit sokongan kepada anda semua untuk berhenti dari merokok. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.