Header Ads

Akibat Satu Kesilapan, Bayi Jadi Kuat Minum Susu, Tidur Hanya 5 Minit Sehari, Semoga Jadi Panduan Kepada Bakal Ibu

sihir makhluk halus

Saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan kerana saya fikir ramai diantara anda yang akan menjadi ibu dan ayah. Mungkin ramai ibu dan bapa yang masih muda belum tahu tentang perkara ini.

Saya berharap perkara yang saya kongsikan ini boleh dijadikan panduan kepada bakal ibu dan bapa di luar sana, kerana yang menjadi mangsa dan teranaiya adalah bayi dan juga anak-anak.

Oleh:  Azrihan Ahmad

Gangguan Misteri Pada Bayi

Sebagai seorang Islam, saya percaya masih ada 'makhluk' lain juga wujud di bumi ini iaitu sejenis makhluk yang kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar kerana itulah ciptaan Allah yang Maha Agung.

Saya kongsikan cerita ini berkaitan dengan anak saudara saya yang baru berusia 50 hari. Semenjak dari lahir sehinggalah minggu lepas dia memang sangat-sangat kuat menyusu badan.

24 jam sehari bayi itu melekat dengan ibunya, tidur hanya 5 minit sahaja setiap hari. Apabila bangun dia akan menyusu semula, itulah rutin harian anak saudara saya itu.

Setiap hari bayi itu hanya tahu menyusu dan minum sampai muntah-muntah sehinggakan susu terkeluar dari hidungnya. Si ibu pula siap 'top up' susu formula kerana fikirkan mungkin susu badan tidak mengenyangkan bayinya. Tetapi apabila minum susu badan pun bayi tetap muntah dan diberikan susu formula pun bayi seolah-olah sangat-sangat lapar serta tidak mahu tidur.

Nenek dan datuk mula rasa curiga dan tak sedap hati apabila melihat keadaan bayi tersebut. Menyusu setiap masa tetapi berat badan tidak pula naik seperti kebanyakkan bayi lain.

Bayi kemudiannya dimasukkan ke hospital dan akhirnya diminta keluar dari hospital memandangkan keadaan bayi tiada perubahan. Bayi kemudiannya dihantar ke tempat perubatan tradisional yang dikatakan telah banyak tempat yang mereka bawakan. Malah, membuat pertukaran nama bayi berkenaan yang kononnya nama sedia ada dikatakan berat dan bayi tidak mampu membawa nama itu, namun keadaannya masih sama tiada sebarang perubahan.

Akhirnya, bayi itu dibawa berjumpa dengan seorang ustaz. Ustaz terbabit sangat terkejut apabila pertama kali melihat bayi malang itu. Menurut ustaz berkenaan, ada 'benda' yang menumpang dalam badan bayi semenjak hari pertama dia dilahirkan dan selama ini yang meminum susu ibunya bukanlah bayi tersebut tetapi 'benda' yang menumpang.

Allahuakbar!! Rupanya punca semua itu berlaku, menurut ustaz itu, uri tertananm di tempat yang salah. Sepatutnya uri di tanam di bahagian kanan rumah sekiranya rumah mempunyai tanah dan jika tiada tanah di rumah, uri perlu ditanam di surau atau masjid yang berhampiran.

Setelah selesai semua itu, hingga sekarang, Alhamdulillah! selepas berubat, bayi minum susu, kenyang dan tidur dengan nyenyaknya sehinggakan dia perlu dikejutkan semula untuk bangun meminum susu. - Koleksi Viral

Baca juga: Yassin 7 Mubin Pulangkan Sihir

No comments

Powered by Blogger.