Header Ads

Akibat Wechat Perkahwinan Ibu Dan Ayah Selama 27 Tahun Hancur Kerana Ibu Curang Bersama Teman Lelakinya


Kerana terpikat dengan cinta wechat seorang surirumah sanggup curang terhadap suami dengan meninggalkan suami bersama anak-anak tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku di belakang hari.

Perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan pengajaran kepada mereka di luar sana yang mungkin menghadapi masalah yang sama tetapi tidak tahu untuk menyelesaikannya. Mungkin apa yang dikongsi ini akan mengelakkan anda daripada terjerumus kepada situasi seperti ini. Amat memalukan apabila anak lebih memahami apa yang dilalui oleh seorang ibu sehinggakan terpaksa pergi meninggalkan ibunya yang curang terhadap ayahnya.

Oleh: RKT

Saya ingin menceritakan perihal keluarga saya. Ibu dan ayah telah bercerai lebih kurang 3 dalam tahun. Kesemua adik beradik kami tinggal dengan ayah.

Ayahlah yang menjadi ibu dan ayah pada setiap masa. Ibu dan ayah bercerai kerana ibu telah curang, ya ibu curang, dengan mata saya sendiri dia bersayang sayang dengan lelaki kenalan wechatnya.

Ibu telah keluar dari rumah dan pergi ke rumah abangnya di Kuala Lumpur. Tapi itu hanyalah tipu semata mata, ibu pergi ke sana hanya kerana mahu berjumpa dengan kenalan wechatnya itu sebelum bercerai dengan ayah.

Ayah sudah cuba sedaya upaya untuk pertahankan rumah tangganya yang hampir mencecah 27 tahun. Pada tahun 2014 ibu kembali lagi dan meminta cerai dengan ayah dan mereka pun becerai.

Semasa dalam tempoh edah saya pernah membaca mesej chat ibu dengan teman lelakinya yang berunsur lucah seperti men*ilat, bercium dan sebagainya, ibu juga pernah menghantar gambarnya yang begitu seksi kepada teman lelakinya dalam tempoh idah itu.

Selepas tamat tempoh idah ibu kembali ke Kuala Lumpur. Ibu sudah pandai berfb dan sebagainya, tapi ibu telah salahgunakan facebook dengan mengepost gambarnya menggores tangan kerana ibu telah ditipu oleh teman lelakinya yang diagungkan selama ini.

Tapi ceritanya tidak habis di sini, ibu pernah call ayah dan meminta duit dan sebagainya walaupun mereka telah bercerai dan idah ibu telah tamat.

Tetapi apabila ayah tidak menuruti kemahuannya, ibu akan menyumpah ayah termasuk anak anaknya sekali di dalam mesej. Saya dan kakak yang baca semuanya.

Dan pada tahun ini ibu kembali lagi dengan tidak tahu malunya menumpang di rumah ayah dan membuat harta ayah seperti hartanya, ibu gemar meminta ayah membeli macam macam.

Saya pernah bertanya dengan ibu, bila dia mahu kembali ke rumah keluarganya dan tidak manis kalau ibu masih terus tinggal di sini tetapi ibu hanya buat tidak tahu. Dan berlaku satu peristiwa di mana ibu telah melaga lagakan kami adik beradik sampai bergaduh dan si abang menumbuk muka ayah. Sehingga muka ayah kembang.

Dan pada waktu yang sama ayah tidak mahu memanjangkan kes ini ayah telah membawa kakak, saya dan adik berpindah. Kami pun mengikut ayah dan berpindah dengan membawa segala barang dalam rumah dan ibu siap berpost dalam fb dengan perkataan yang menyakitkan seolah olah rumah itu hasil titik peluhnya.

Dan sekarang, 1 barang pun tidak ada yang tinggal di rumah itu. Ibu masih tinggal di rumah lama dan masih menyakitkan hati mengepost perihal anak derhaka dan bermacam macam hanya kerana kami mengikut ayah.

Di sini saya ingin meminta pendapat dan jawapan, masih layakkah ibu menerima harta benda ayah walaupun dia nusyuz dan macam mana mahu menangani masalah ini.

Saya sudah buntu memikirkannya. Masalah abang menumbuk ayah bukan setakat menumbuk tapi biarlah saya dengan Allah sahaja yang tahu. Mohon post admin *maaf cerita bercelaru saya tidak pandai bercerita sangat.

Jika anda mempunyai pendapat untuk membantu anak ini, anda boleh menyatakan dan memberikan pendapat di sini agar dapat membantunya menyelesaikan permasalahan ini dengan keluarganya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.