Header Ads

Amal Jariah Lelaki Ini Berikan Perkhidmatan Van Jenazah Percuma Untuk Golongan Kurang Berkemampuan


Bermacam cara kita sebagai umat Islam bagi mengumpul saham akhirat untuk mendapat tempat yang paling terbaik setelah 'di sana' dan apa yang dilakukan oleh lelaki ini adalah salah satu cara yang amat baik dan perlu dicontohi oleh semua jika berkemampuan.

Lelaki yang dikenali sebagai Mohd Zulhairi Zainol ini telah menyediakan satu perkhidmatan yang amat jarang dilakukan oleh orang lain iaitu perkhidmatan van jenazah untuk mereka yang tidak berkemampuan jika berlakunya sebarang kematian.

Berikutnya adalah perkongsian dari Mohd Zulhairi yang sedang tular di media sosial serta mendapat perhatian dari netizen yang rata-rata amat menyokong usaha murni dan baik ini.

Oleh: Mohd Zulhairi Zainol


Perkhidmatan Van Jenazah Secara Percuma


Khidmat percuma van jenazah untuk golongan yang kurang berkemampuan jika berlakunya kematian. Insha Allah, saya akan membawa waris untuk membawa jenazah dari hospital ke rumah atau ke tanah perkuburan.

Sekiranya ada waris yang berkemampuan ingin menggunakan khidmat van jenazah ini, cukuplah sekadar dengan mengisi minyak petrol dan membayar duit tol sahaja.

Van jenazah ini juga telah dilengkapi dengan kit jenazah yang diberikan secara percuma.

Semoga dengan adanya van jenazah secara percuma ini dapatlah membantu kepada mereka yang amat memerlukan.



Van ini juga adalah sumbangan dari seluruh pengikut-pengikut saya dari facebook dan juga sebahagian darinya adalah warga Bandar Baru Bangi yang mengenali saya.

Insha Allah, van jenazah ini akan beroperasi secara sepenuhnya pada minggu hadapan.

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut yang berkaitan, anda boleh menghubungi Mohd Zulhairi Zainol di talian 0122493378, sama ada dengan Whatsapp atau pun call.

Saya cuba menolong dan membantu sedaya yang boleh saya lakukan.

Van jenazah ini adalah hak milik persendirian, anda boleh mengikuti segala kerja amal saya di facebook iaitu di Mohd Zulhairi Zainol. - Koleksi Viral

#jenazahCinta
#amalteam

012 2493378 Hery

No comments

Powered by Blogger.