Header Ads

Ary Malik Telah Meninggal Dunia Pada Jam 7.17 Malam


Kuala Lumpur -  Ary Malik, 46, pelakon dan personaliti TV yang dikenali ramai itu telah pun meninggal dunia akibat kanser ovari yang dihidapinya semenjak tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro dan hebahan di media sosial Ary Malik atau Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada jam 7.17 malam dengan dikelilingi ahli keluarganya

Berita pemergian Ary telah disahkan oleh suaminya Shahrul Nizam Shahruddin, 46, yang setia menemani Ary sepanjang 3 hari dia menerima rawatan di hospital berkenaan.

Terdahulu, berita palsu yang menyatakan kematian Ary Malik pada tengah hari semalam turut tersebar dan akhirnya pada malam ini berita yang menyedihkan ini menjadi kenyataan.

Difahamkan, jenazah Ary telah dibawa ke Masjid Kem Wardieburn dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota semalam.

Ary Malik adalah kakak kepada penyanyi yang popular satu ketika dulu melalui lagu Flora Cinta iaitu Min Malik.

Ary Malik telah meninggalkan tiga anaknya iaitu Nur Zoe Iman Malik, 19; Dinda Pelangi Timor Malik, 13; dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Kini industri hiburan tanah air telah kehilangan sebutir bintang yang disegani.

No comments

Powered by Blogger.