Header Ads

Bayi 9 Bulan Mempunyai Kesan Lebam Di Badan Dan Mata Dipercayai Didera Pengasuh


KEDAH - Seorang bayi lelaki yang berusia 9 bulan dipercayai telah didera oleh pengasuhnya apabila ibu bayi berkenaan mendapati anak lelakinya mempunyai kesan lebam kebiru-biruan di badan.

Nurul Ain Binti Sabri, seorang jururawat, mendakwa pengasuh terbabit dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas tubuh badan anak lelakinya, Muhammad Aqil Nakhaie Bin Mohd Azhar yang berusia 9 bulan.


Menurut Nurul Ain, kejadian pertama berlaku pada 6 March 2017 kira-kira jam 6.30 petang, di mana dia ingin mengambil anaknya setelah pulang dari tempat kerja.

Pada hari tersebut Nurul Ain mendapati ada kesan melecur dan kulit mengelupas kemerah-merahan di bahagian belakang badan anaknya. Apabila ditanya, pengasuhnya mengatakan anaknya itu telah terjatuh ketika memanjat dan terkena bucu raga tempat khas menyimpan baju.

Ekoran kejadian itu, Nurul Ain telah membawa anaknya ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan segera. Ketika sedang mencuci luka pada anaknya, doktor telah mengesahkan anaknya itu telah terkena air panas.



Kejadian kedua berlaku pada 7 March 2017 sekitar 4 petang. Seperti kebiasaannya Nurul Ain akan mengambil anaknya di rumah pengasuh setelah tamat bertugas.

Pada hari kejadian, dia mendapati anak lelakinya sedang menangis dan mempunyai kesan lebam kebiru-biruan di pipi kanan dan peha kanan anaknya.

Kejadian kali ketiga berlaku pada 11 March, jam 3 petang. Ketika dia ingin mengambil anaknya di rumah pengasuh terbabit. Sekali lagi dia mendapati kesan lebam serta kebiru-biruan di mata kanan anaknya. Pengasuh berkenaan mengatakan anak lelakinya itu jatuh tersembam di atas mainan plastik yang terdapat di rumahnya.

Nurul Ain tidak berpuas hati dan merasakan seperti sesuatu yang tidak kena dengan pengasuh terbabit. Dia dengan segera melaporkan perkara ini kepada polis. Kes ini masih dalam siasatan. - Koleksi Viral

Sumber

No comments

Powered by Blogger.