Header Ads

Bidadari Kami Pergi Untuk Selamanya, Kepada Semua Wanita Yang Ingin Bersalin Anda Perlu Berkeras Agar Perkara Seperti Ini Tidak Berlaku


Oleh: Azam Aziz

SILA SHARE agar kejadian yang sama tidak akan berulang lagi, supaya anda lebih berhati-hati apabila ingin bersalin di sesetengah hospital kerajaan, jadikan kisah kami sebagai iktibar.

Mungkin perkataan "SABARLAH" dan "REDHALAH" mudah anda ungkapkan. Ya, memang kami sabar, kami redha. Kalian tidak berada DI TEMPAT KAMI.

Bayangkan seorang ibu yang dalam tempoh mengandung tidak pernah mengalami masalah kesihatan, ibu dan anak sentiasa sihat sepanjang tempoh hamil 9 bulan. Tapi Allah sWT sudah aturkan segalanya, penghujung untuk melahirkan zuriat kami sahaja berlaku yang mengubah segalanya.

Gara-gara sikap "AMBIL MUDAH" oleh pihak "TERBABIT" yang dikatakan sebelum ini berhempas pulas untuk menjawat jawatan "ITU". Remuk luluh hati isteri untuk menghadapi semua ini, segala keperluan baby sulung sudah disediakan seawal usia kandungan 3 bulan.

Allah lebih mengetahui rencana-NYA adalah yang terbaik, REDHA DAN PASRAH DENGAN KETENTUAN MUNGKIN ADALAH YANG TERBAIK. DOAKAN KAMI.

Assalamualaikum! Mungkin ramai yang sedia maklum yang baru-baru ini isteri saya telah melahirkan seorang zuriat sulung kami pada 3/3/17 (Jumaat) Pukul11.17pagi.

Tapi Allah lebih menyayanginya kerana dijemput Ilahi seusia 17 jam bertarung nyawa dalam unit NICU. Bukan untuk menidakkan takdir atau tidak redha dengan ketentuan tapi rasa terpaksa meluahkan dan menegakkan keadilan supaya ramai lagi tidak senasib dengan kami.

Moga kalian lebih berhati-hati apabila memilih hospital yang bakal anda lahirkan zuriat kalian. Moga jadi iktibar untuk semua. ALLAHUAKBAR!

Saya baru kehilangan anak semasa kelahiran anak sulong saya. Boleh dikatakan atas kecuaian hospital atau pun mereka terlepas pandang (Husnuzon).

Kesian isteri saya bersalin emergency czer, isteri saya czer, anak pulak meninggal. Cukup sifat sempurna seberat 3.4 kilogram, perempuan.

Isteri saya cukup bulan 40 minggu terlebih due 3 hari. Bila pergi ke hospital, doktor tahan semalaman di hospital.

Selepas itu, keesokannya doktor benarkan balik kerana isteri saya tidak sakit sedangkan isteri saya turun tanda complete dengan darah dan juga lendir.

Bila dia bagi balik rumah, esoknya isteri saya sakit perut. Anak sudah kurang bergerak. Saya bawa ke hospital, doktor cakap anak sudah makan najis sebab air ketuban dia kotor. Doktor cakap melihat pada kepekatan air ketuban itu anak dah dua tiga hari termakan najis dia.

Selepas scan semua, doktor cakap isteri saya kena czer emergency sebab nak selamatkan anak dalam perut. Alhamdulillah bila semua selesai pembedahan isteri saya selamat dan dalam fikiran saya mesti anak pun sihat. Bila nak tengok baby doktor tak bagi tengok sebab dalam rawatan rapi.

Saya terasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu. Petang itu baru saya dapat tengok baby. Luluh hati saya tengok baby saya yang penuh dengan wayar dalam mulut dalam wad NICU.

Doktor kata anak saya kritikal, harapan itu ada tetapi tipis. Berderai air mata saya bila dapat tahu keadaan baby.

Isteri saya tidak tahu yang anak kamu dalam keadaan tenat, saya tidak sampai hati nak bagitau isteri saya yang anak dalam kritikal sebab isteri saya sakit czen pun belum hilang lagi dan masih dalam keadaan lemah.

Anak saya sempat bernafas selama 17 jam sahaja. Dalam pukul 4 pagi anak saya tinggalkan kami. Kami redha. Anak saya tak dapat diselamatkan sebab semasa dalam perut dia banyak termakan najis dalam air ketuban menyebabkan baby saya ada jangkitan kuman pada paru-parunya.



Bukan hendak menidakkan takdir, kami redha cuma kami nakkan penjelasan dan keadilan sebab benda ini melibatkan nyawa.

Macam mana doktor boleh benarkan isteri saya pulang ke rumah sedangkan isteri saya dah over due 3 hari, cukup tanda darah dan lendir, bukaan 2 CM. Doktor suruh balik, bila balik rumah sahaja isteri saya sakit perut yang menyebabkan anak saya lemas termakan najis. Sepatutnya doktor tak benarkan balik rumah sebab air ketuban pun tak pecah lagi, bila-bila masa boleh bersalin.

Bukan tidak dapat menerima takdir, cuma terkilan, isteri tak ada masalah semasa preggy tapi penghujungnya sekelip mata terjadi. Mungkin kalau doktor tak benarkan pulang, mungkin kandungan dapat diselamatkan.

Saya sebagai suami kepada isteri saya ini ingin berpesan sekiranya anda anda semua para wanita yang sedang melalui fasa akhir kehamilan. Sekiranya telah lebih tempoh due dan doktor suruh balik rumah dahulu, banyakkan berjalan untuk mudahkan bersalin, anda semua perlu berkeras. Bimbang akan terjadi perkara yang sama seperti yang dilalui oleh saya dan isteri saya.

Kehilangan anak sulung kami yang kami berikan nama AINUL MARDHIAH (merujuk kepada bidadari syurga yang paling cantik).

Al- Fatihah.

No comments

Powered by Blogger.