Header Ads

Budak Darjah Lima Nekad Jual Biskut Dan Roti Yang Dimasak Sendiri Bagi Menyelamatkan Spesis Penyu Yang Semakin Pupus


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, Ahmad Iszuddin Ahmad Idzham, menjual biskut yang dibuatnya sendiri dengan niat untuk menyelamatkan penyu belimbing selepas menonton video yang ditunjukkan oleh gurunya di dalam kelas.

Pelajar tahun lima itu memandang serius perkara ini dan berminat untuk melindungi haiwan terbabit dengan mendermakan wang hasil jualannya itu kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu di Terengganu bagi membantu menyelamatkan hidupan laut berkenaan.

Menurut Ahmad Iszuddin, dia belajar memasak daripada ibunya dan membuat roti serta biskut untuk dijual kepada orang ramai di majlis tertentu serta ada juga yang menghubunginya secara terus untuk membuat pembelian.

Ahmad Iszuddin juga dikatakan telah menangis sebanyak dua kali setelah menonton video yang membabitkan hidupan laut yang semakin pupus itu dan juga dikhabarkan tentang jika tiada usaha untuk melindunginya maka haiwan itu akan pupu di seluruh dunia.

Niat anak bongsu dari lima beradik ini turut disokong oleh ibunya, Nor Azlina Ishak yang telah pun membuat lawatan ke Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk mendapat maklumat lanjut mengenai penyu belimbing.

Ibunya yang juga seorang penceramah motivasi menjelaskan, suaminya seorang ahli perniagaan juga turut menyokong usaha dan minat Ahmad Iszuddin itu untuk menyelamatkan hidupan laut tersebut.

Ahmad Iszuddin juga membuat promosi jualan roti dan biskutnya menerusi laman sosial Instagram di @iszuddin_.

Satu mesej khas ditujukan kepada anda semua dari Ahmad Iszuddin seperti berikut;

"Kepada semua orang di luar sana, marilah bekerja bersama-sama dan menyelamatkan spesies terancam ini,".

A post shared by Adin4G (@iszuddin_) on

A post shared by Adin4G (@iszuddin_) on

Kredit: BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.